Friday, 31 August 2012

Sinis: Cubaan Pembangkang MengUMNOkan Negara?


Ada persamaan jelas antara bendera Indonesia, bendera UMNO, bendera Parti Pesaka Bumiputra Sarawak dan bendera Singapura kerana merah putih adalah lambang perjuangan masyarakat Nusantara sekian lama sebelum di ciplak Empayar Majapahit dan kini dipakai oleh NKR Indonesia.

Merah putih telah digunakan seawal abad ke 7 di zaman Langkasuka dan Srivijaya sebelum Majapahit menciplak dan Melaka merampas panji tersebut. Singapura hanyalah pemakai seterusnya kegemilangan merah putih yang hari ini sinonim dengan Indonesia kerana Indonesia telah awal-awal lagi mewartakan merah putih sebagai lambang negaranya.

UMNO juga percaya bahawa merah putih itu adalah lambang perjuangan orang-orang Nusantara amnya, Melayu khususnya dan sama-sama menggunakan merah putih sebagai lambang perjuangan sebelum aksi kejam Indonesia membunuh sultan-sultan dan ratusan golongan raja dan bangsawan di Sumatera pada Mac 1946 telah membuatkan cakra kuning dan keris tertampal di bendera partinya dan PEKEMBAR telah berpecah akibat tindakan tersebut.

Apa bezanya merah putih 'tercemar' cakra kuning berkeris hijau dengan merah putih yang tercemar bulan bintang kuning? Sama-sama 'mencemari' merah putih seperti mana Singapura , negara yang dilahirkan oleh Blok Kapitalis, mencemar merah putih dengan bulan bintang putih.

Ingatlah bahawa merah dan putih menduduki ranking tertinggi dalam Jalur Gemilang. Cuba lihat bait ayat lagu Jalur Gemilang. Warna apakah yang disebutkan terlebih dahulu.

PEKEMBAR yang pada mulanya pro-Indonesia berpecah dengan golongan berhaluan kiri yang pro Indonesia, telah menyertai perjuangan Parti Komunis Malaya atas arahan Sukarno yang merupakan antara pemimpin berpengaruh dalam Blok Komunis yang menentang Blok Kapitalis.

Kelihatannya, idea 'Sang Saka Malaya' yang telah terlihat sejak tahun 2010 itu hari ini dimanifestasikan di jalanraya secara terang-terangan dan secara sinis, pembangkang kelihatan mengorak langkah untuk mengUMNOkan seluruh tanah air. Ironik.

Bendera Langkasuka , Srivijaya , Majapahit , Negara Kesatuan Republik Indonesia

Bendera Pertubuhan Melayu Bersatu Kebangsaan (UMNO)

Bendera Parti Pesaka Bumiputra Bersatu Sarawak (PBB)

 Bendera Republik Singapura

Bendera Malaysia Versi Pakatan Rakyat

p/s : Susah-susah, pakai je bendera UMNO untuk bendera negara ini. Kan molek je tu... Haha.

Bendera 'Sang Saka Malaya' Hina Sabah Dan Sarawak


Pada usia 55 tahun kemerdekaan ini, golongan pembangkang mula mencetus porak peranda pada ladang patriotisme negara dengan menjulang bendera yang didakwa sebagai bendera 'Republik Malaysia' yang mereka namakan Sang Saka Malaya. 

Jelas sekali, Malaya itu adalah Semenanjung dan nampaknya agenda mereka paling jelas ialah untuk mengeluarkan Kuching dan Kota Kinabalu dari pentadbiran Putrajaya.

Amat kelakar apabila mereka melaungkan Republik Malaysia dan pada masa yang sama mengekalkan warna kuning pada bulan dan bintang yang melambangkan kedaulatan raja-raja. Nampak benor tak habis belajar. Sungguh, kecetekan pemikiran dan ketandusan ilmu setiap mereka akan terpamer lebih banyak lagi dari masa ke semasa. 

Tahukah kita peristiwa pembunuhan 5 Sultan di Sumatera pada 3 Mac 1946 oleh Sukarno melalui syaitan-syaitan komunis Indonesia telah membawa kepada penubuhan UMNO pada 11 Mei 1946 di istana Sultan Johor? Tahukah mereka bahawa andai Sukarno bersikap toleransi terhadap institusi raja, kita mungkin hari ini berada dalam sebuah negara besar bersama Indonesia dan Singapura? Lihatlah bendera UMNO yang jelas menampalkan lambang yang menggambarkan kedaulatan raja-raja di atas lembaran bendera majapahit yang kini menjadi bendera Indonesia.

Bendera Indonesia bernama Sang Saka Merah Putih dan bendera UMNO bernama Sang Saka Bangsa.

Ada persamaan jelas antara bendera Indonesia, bendera UMNO, bendera Parti Pesaka Bumiputra Sarawak dan bendera Singapura kerana merah putih adalah lambang perjuangan masyarakat Nusantara sekian lama sebelum di ciplak Empayar Majapahit.

Atas sebab itulah Jalur Gemilang dicipta berselangan merah putih dan kebetulan, amalan persekutuan yang hampir sama dengan Amerika Syarikat, membuatkan selangan merah putih itu memberi makna sebuah negara Nusantara yang memakai sistem pentadbiran negeri-negeri ala Amerika Syarikat dan bukannya Jalur Gemilang itu adalah tiruan Amerika Syarikat bulat-bulat.

Ilham bendera Sang Saka Malaya itu tidaklah merupakan satu jenayah, tetapi dengan mengibarkannya atas nama Republik Malaysia pada malam merdeka adalah pengkhianatan kepada negara kerana memberi peluang kepada media asing mentafsir mengikut kaca mata mereka.

Menggerakkan agenda republik dengan nama Sang Saka Malaya di negara tunggal dunia yang mengamalkan monarki bergilir juga merupakan satu pengkhianatan besar ke atas negara dan pengabaian besar ke atas masyarakat Sabah dan Sarawak yang bersama-sama memakmurkan Malaysia sehingga mereka mampu untuk hidup senang lenang dan hari ini, kufur nikmat.

Pada saat negara lain memperkukuhkan patriotisme untuk mengekalkan kedaulatan wilayahnya, sebahagian rakyat negara ini melingkup patriotismenya dan mengimpikan pengecilan wilayah negara.


Jangan Malukan Umat, Ini Maksud Sebenar 'Gangnam'


Memang tak senonoh video clip Oppa Gangnam Style nyanyian PSY yang menjadi viral secara tiba-tiba di Asia dan Amerika Syarikat. Tetapi sesenonoh mana pula penyebaran dakyah kononnya untuk kebaikan umat Islam bahawa Gangnam bermaksud "Saya Ingin Jadi Yahudi" ?

Jawapannya tiada faedah, malah memalukan umat Islam kerana bila tiba ke pengetahuan masyarakat bukan Islam, umat Islam akan dipermalukan dengan celaan seperti 'bodoh' , 'tak buat kajian' dan 'cetek ilmu'.

Jadi, apakah Gangnam itu?


Technically, 'Gangnam' means Seoul south of the Han River.(gang = river, nam = south) . But in general sense, when Koreans say Gangnam, they refer to a particular district called 'Gangnam-gu'.This district, or gu, is one of the most well-off areas in Seoul, and here you can see the fanciest buildings and the busiest workers and students in Korea.


Seperti yang tertulis di Wikipedia :

Gangnam-gu is one of the 25 gu (local government districts) which make up the city ofSeoul, South Korea. It is one of the most affluent areas of Seoul and is located in the southeast of the city. It is served by Seoul Subway Line 2, Seoul Subway Line 3, Seoul Subway Line 7, Seoul Subway Line 9, Bundang Line and the Sin Bundang Line.

Menurut orang Korea, Gangnam-gu merupakan kawasan dalam Seoul yang dihuni artis-artis, penuh dengan bangunan rekaan moden, mahal, ada style dan mereka menyamakan Gangnam dengan Beverly Hills di Amerika Syarikat.

Oppa pula ialah panggilan hormat mereka kepada lelaki yang lebih tua seperti kita menyebut 'abang' atau 'encik' . Maka mamat gemok yang popular tiba-tiba itu menyanyikan lagu yang bertajuk ' cara encik gangnam'.

Negara Yahudi sebesar Amerika Syarikat pun tak pernah ada tempat dengan nama bermaksud "I wanna be Jews".

Seharusnya kita tidak sembrono menyebarkan sesuatu yang memalukan kita umat Islam secara keseluruhan akibat perbuatan dangkal hasil tangan puak-puak tertentu yang belum tentu lagi kita tahu pegangan akidah mereka. Boleh jadi ia dilakukan oleh orang kafir sendiri bagi memalukan umat Islam.

Apa gunanya Google pada kalian para penyebar semua? 

Wednesday, 29 August 2012

Saya tolak hudud Pas, bukan hudud Islam - Dr. Mahathir




KUALA LUMPUR 28 Ogos - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad (gambar) menegaskan beliau selama ini hanya menolak hukum hudud yang diperjuangkan Pas dan tidak pernah sesekali menolak hukum syariah itu seperti terkandung dalam ajaran Islam.
Menurutnya, ini kerana hukum hudud yang diperjuangkan parti pembangkang itu cenderung untuk berlaku tidak adil kepada masyarakat Islam di negara ini.

Sebagai contoh katanya, di bawah 'hudud Pas', seseorang beragama Islam yang didapati bersalah mencuri akan dipotong tangan sementara bagi bukan Islam akan hanya dihukum penjara sekiranya didapati bersalah.
"Saya tak boleh sokong itu kerana tak kena dengan Islam. Kalau sesuatu itu tidak adil, ia tidak Islam. Islam tuntut supaya apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil.

"Ini tidak adil, adakah orang Islam potong tangan, orang bukan Islam tak potong, masuk dua bulan penjara, itu tidak adil," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Anugerah Inovasi Perdana Menteri (AIPM) 2011 di Institut Jantung Negara (IJN) di sini hari ini.

Isu hudud kembali hangat diperkatakan kebelakangan ini apabila Pas mendakwa akan terus memperjuangkan hukum syariah itu jika pembangkang berjaya membentuk kerajaan kelak sementara rakan sekutunya, DAP dengan keras berulang kali menolak idea tersebut.

Pas juga mendakwa hudud tidak boleh dilaksana sekalipun Kelantan dan Terengganu telah mempunyai Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dan Enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003 kerana tidak dipersetujui Dr. Mahathir sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri.

Selain itu Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang seperti dipetik daripada lidah rasmi parti itu, HarakahDaily pada 1 Oktober 2011 berkata, Pas tidak memaksa orang bukan Islam untuk menerima hudud sama seperti mereka tidak dipaksa memeluk Islam.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada tahun lalu juga dipetik memberi jaminan bahawa hudud jika dilaksanakan tidak akan dikuatkuasakan ke atas bukan Islam.

Dalam pada itu Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Nooh Gadot ketika dihubungi menjelaskan, hukum syariah termasuk hudud menekankan keadilan ke atas semua pihak dan ia seharusnya terpakai ke atas umat Islam dan bukan Islam dalam sesebuah negara.

"Kafir pun termasuk, kalau hanya untuk Islam, ia sudah lari daripada kehendak hukum ajaran Islam. Maka hudud Islam kalau hendak dilaksanakan perlu ke atas semua pihak," katanya.

-Dari Utusan Malaysia

UMNO, Anwar dan Arak


Bila disindir tentang kilang arak di Shah Alam, makan bertepek-tepeklah serangan dari puak PR bahawa kilang tersebut dibina semasa kerajaan UMNO berkuasa. Mak datuk, itu tahun berapa? Tahun tu Nik Aziz kahwin pun pakai tuksedo macam puak kafir. Bini dia pun tak pakai tudung. 

 Bila dibalas dengan " kenapa kau tak tolak Anwar yang terang-terang diangkat oleh UMNO dulu ", mereka kata itu kes lain. Sedangkan ketika Anwar masih menjawat TPM dulu, mereka tetap juga juak-juak PAS yang menyemarakkan permusuhan sesama Islam. 

 Kali ini bila arak dijual dengan promosi Ramadhan di Selangor, PAS yang menjadi rakan sekatil DAP dan PKR yang menguasai negeri tersebut bagaikan tertelan lidah sendiri.

Carlsberg tidak boleh dikaitkan dengan UMNO hari ini sebagaimana tidak boleh menyebut Anwar itu puak UMNO hari ini dan seperti mana menyebut Nik Aziz merestui persandingan ala Hindu-British yang dibuatnya dahulu.

Carlsberg yang dimasukkan dalam promosi Ramadhan sebuah pasaraya di Selangor

Anwar semasa menjadi TPM dan perasuah tegar dalam UMNO

Nik Aziz semasa perkahwinannya.

Undi PAS Masuk Syurga Lubuk Pemfitnah




Tertarik dengan gambar yang dimainkan oleh cybertroopers 'low class' Pakatan Rakyat di laman facebook mereka kebelakangan ini. Gambar di atas disebarkan oleh cybertroopers PR dalam usaha mereka memburukkan kerajaan Barisan Nasional.

Setelah diselidik rupanya jambatan serta gambar yang dimainkan oleh mereka merupakan satu fitnah jahat ke atas kerajaan. Nampaknya Nik Aziz masih gagal menerangkan tentang dosa fitnah ke atas cybertroopers mereka yang siang malam membicarakan soal perjuangan Islam.

Dari blog Cucu Tok Selampit :
Kalau tidak menipu bukanlah namanya pemimpin-pemimpin Pakatan Haram. Sudah menjadi "trend" perangai buruk pemimpin-pemimpin mereka iaitu berbohong dan menipu akan diikuti oleh juak-juak mereka yang menjadi cybertroopers berbayar sama ada di blog, laman sosial Facebook maupun di Twitter. 
Terbaru, pembohongan dan spin jahat yang cuba dilakukan ialah gambar sebuah jambatan gantung yang kononnya terdapat di Malaysia yang kononnya membahayakan pelajar-pelajar kita yang hendak ke sekolah.
Kalau melihatkan posting di atas yang dibuat oleh facebookers "Jom Lawan UMNO", sememangnya Kerajaan Malaysia pimpinan Barisan Nasional amat zalim dan tidak berperikemanusiaan. Pihak cybertroppers pembangkang terlupa bahawa maklumat di zaman maklumat hanya di hujung jari, bantuan Google adalah semudah ABC. Cuba lihat realiti di bawah:
Haish! Semakin hari lawak yang dibuat oleh Pakatan Haram sudah mencapai tahap lawak bodoh gaban!

NIK AZIZ MENGHALALKAN FITNAH? UNDI PAS MASUK SYURGA? YA SYURGA DUNIA KEPADA PEMFITNAH YANG SIAL HIDUPNYA.

Putar Belit Anwar Tentang San Miguel Corp.



Anwar dalam posting blognya memetik artikel The Malaysian Insider dan membenarkan kenyataan separuh masak itu sebagai sesuatu yang diakui olehnya.

He continued to poke holes in BN’s administration, which he insisted is corrupt, questioning this time Malaysia Airline’s (MAS) recent signing of a deal with Petron Malaysia Sdn Bhd, formerly Esso Malaysia Bhd, to purchase fuel. 
Esso was rebranded as Petron after the Philippines-based Petron Corp, part of the San Miguel Corp conglomerate, became Esso Malaysia’s biggest shareholder with a 73.4 per cent stake. 
Anwar had previously demanded the government to explain why it had allowed one of the country’s critical assets to be sold to a foreign entity, pointing out that the sale of ExxonMobil’s stake in oil refiner Esso Malaysia was below market price. 
Beer and oil 
The opposition leader had also demanded Putrajaya explain the potential conflict in the deal because of the interests of Dr Mahathir’s family. 
The former prime minister’s son, Mirzan Mahathir, was previously a board director of San Miguel Corp. The Philippines conglomerate is the biggest food and beverage conglomerate in the Philippines and the owner of San Miguel Brewery Inc. 
San Miguel Brewery controls 95 per cent of the Philippines beer market. It has since diversified into infrastructure, public utility and energy requirements in the Philippines. 
“Mirzan Mahathir bought the beer company San Miguel, Esso and now MAS signs a contract to buy fuel (from Esso)… that is why Dr Mahathir fears a Pakatan win,” Anwar said last night.
Hakikatnya, konglomerat tersebut bukanlah penghasil bir semata-mata melainkan terdapat banyak cabang perusahaan lain. Perusahaan bir yang diusahakan syarikat itu nampaknya tidak mendatangkan untung kerana dikuasai gergasi bir Jepun adalah lanjutan cadangan pengguguran subsidari bir yang dikuasai Jepun itu menunjukkan San Miguel cukup sensitif dengan sentimen Malaysia. Mereka membuat keputusan untuk menggugurkan perusahaan bir mereka dengan alasan keengganan syarikat bir Jepun untuk menurunkan pegangan ekuiti.

San Miguel considering delisting of beer subsidiary 
Notes difficulty in meeting 10% free float
By: 
MANILA, Philippines—San Miguel Corp. on Tuesday said it may take private its flagship beer business—one of the biggest listed firms on the local bourse—if its Japanese partner is unwilling to sell more shares for the firm to meet the minimum float requirement of the Philippine Stock Exchange. 
In a briefing, SMC president Ramon S. Ang said he would meet with top executives of Kirin Brewery in Tokyo this weekend to discuss ways for San Miguel Brewery Inc. to meet the PSE’s 10-percent free float requirement that listed firms have to meet by yearend. 
Ang stressed, however, that San Miguel was unwilling to further reduce its stake in the beer maker below its present ownership level of 51 percent. The Japanese beer giant holds a 48-percent stake in San Miguel Brewery, while the public holds the balance of 1 percent. 
“Any sell-down of shares [to the public] would have to come from Kirin because San Miguel cannot go below its level now,” he said. “If Kirin cannot go down to 38 percent from their [level of] 48 percent, I think it will be better for us to delist.”



Anwar mengaitkan Mirzan dengan korupsi BN apabila dia berjaya masuk ke dalam konglomerat besar Filipina yang menampakkan keberadaan Malaysia dalam ekonomi Filipina tanpa menjelaskan pula bahawa Petron tidak ada kena mengena dengan minuman keras sedangkan Anwar masih menyimpan RM3 billion. Apakah sebenarnya Anwar yang mahukan semua itu? 

Jika satu masa dahulu Filipina merupakan syurga Anwar kerana hubungan baiknya dengan presiden Joseph Estrada yang sangat korup, sudah tentulah kenyataan Anwar ini datang dari rasa iri hatinya sendiri dan memainkan sentimen arak dan korupsi demi mencari sokongan umum tanpa memperincikan perkara itu sewajarnya.