Friday, 31 August 2012

Sinis: Cubaan Pembangkang MengUMNOkan Negara?


Ada persamaan jelas antara bendera Indonesia, bendera UMNO, bendera Parti Pesaka Bumiputra Sarawak dan bendera Singapura kerana merah putih adalah lambang perjuangan masyarakat Nusantara sekian lama sebelum di ciplak Empayar Majapahit dan kini dipakai oleh NKR Indonesia.

Merah putih telah digunakan seawal abad ke 7 di zaman Langkasuka dan Srivijaya sebelum Majapahit menciplak dan Melaka merampas panji tersebut. Singapura hanyalah pemakai seterusnya kegemilangan merah putih yang hari ini sinonim dengan Indonesia kerana Indonesia telah awal-awal lagi mewartakan merah putih sebagai lambang negaranya.

UMNO juga percaya bahawa merah putih itu adalah lambang perjuangan orang-orang Nusantara amnya, Melayu khususnya dan sama-sama menggunakan merah putih sebagai lambang perjuangan sebelum aksi kejam Indonesia membunuh sultan-sultan dan ratusan golongan raja dan bangsawan di Sumatera pada Mac 1946 telah membuatkan cakra kuning dan keris tertampal di bendera partinya dan PEKEMBAR telah berpecah akibat tindakan tersebut.

Apa bezanya merah putih 'tercemar' cakra kuning berkeris hijau dengan merah putih yang tercemar bulan bintang kuning? Sama-sama 'mencemari' merah putih seperti mana Singapura , negara yang dilahirkan oleh Blok Kapitalis, mencemar merah putih dengan bulan bintang putih.

Ingatlah bahawa merah dan putih menduduki ranking tertinggi dalam Jalur Gemilang. Cuba lihat bait ayat lagu Jalur Gemilang. Warna apakah yang disebutkan terlebih dahulu.

PEKEMBAR yang pada mulanya pro-Indonesia berpecah dengan golongan berhaluan kiri yang pro Indonesia, telah menyertai perjuangan Parti Komunis Malaya atas arahan Sukarno yang merupakan antara pemimpin berpengaruh dalam Blok Komunis yang menentang Blok Kapitalis.

Kelihatannya, idea 'Sang Saka Malaya' yang telah terlihat sejak tahun 2010 itu hari ini dimanifestasikan di jalanraya secara terang-terangan dan secara sinis, pembangkang kelihatan mengorak langkah untuk mengUMNOkan seluruh tanah air. Ironik.

Bendera Langkasuka , Srivijaya , Majapahit , Negara Kesatuan Republik Indonesia

Bendera Pertubuhan Melayu Bersatu Kebangsaan (UMNO)

Bendera Parti Pesaka Bumiputra Bersatu Sarawak (PBB)

 Bendera Republik Singapura

Bendera Malaysia Versi Pakatan Rakyat

p/s : Susah-susah, pakai je bendera UMNO untuk bendera negara ini. Kan molek je tu... Haha.

No comments:

Post a Comment