DIAMBIL DARI : http://tehtarikgelasbesar.tumblr.com
PENULIS ASAL : NAMI COBB NOBBLER
Aku menulis dari Kluang, Johor. Kluang terkenal dengan kopi cap Televisyen yang dipromote Romi Rokok Nan Sebatang dan juga nasi ujang - signature dish orang Kluang yang tak mungkin kau jumpa di mana-mana hatta di negeri Johor.
Selepas lima tahun aku tak balik Kluang, hari ini aku balik dengan dua tujuan - satu - untuk menghadiri majlis cukur jambul anak adik aku, dan dua - menemuramah orang kampung untuk dapatkan bahan berita yang banyak orang KL tak tahu.
Dan salah satu yang aku tanya, selain dari soal perkahwinan yang dah jadi assignment aku minggu depan, adalah mood orang Johor terhadap politik.
Bila aku sebut perkataan politik, orang Johor dah tarik muka.
“Pakcik ni, bukannya apa, kalau bercerita pasal politik ni pakcik malas nak undi lain. Atuk Umno, bapak Umno, anak Umno, semua Umno. Parti lain ni macam tak boleh jalan,” kata pakcik Atan.
“Makcik tak berkenanlah PAS. Dorang tu air ribena nak kata haram, tapi beli Ferrari loan bank tak nak pulak cerita haram,” Makcik Hawa, merujuk kepada Ustaz Azhar Idrus yang terang-terang menyokong PAS.
Of course, PAS tak pernah kata air ribena tu haram. Tapi politik ini berkenaan dengan persepsi.
“Tapi Nami, kau tanya orang tua-tua, memanglah. Cuba kau tanya anak muda,”
Sebenarnya kalau kau tanya anak muda, di mana-mana pun sebenarnya mereka tak ambik pot sebenarnya. Tapi kalau kau tanya Johor, mereka lagi sebenarnya tak ambik pot tentang isu PKFZ ke, isu NFC ke, isu Talam ke mende. Mereka merasakan Umno dah cukup baik untuk mentadbir negara.
“Memanglah, kalau kau nak cerita masalah, memang ada. Tapi takkan kalau Pakatan take over boleh bertukar jadi syurga?
“Sana sini ada masalah tapi janji takde perang, takde kebuluran, aku rasa Malaysia ni dah kira okay dah. Kau nak macam dekat Mexico hari-hari kena tembak?” kata Mamat, member gua di Kluang.
Ramai orang Johor sebenarnya bengang dengan orang Pakatan yang menuduh mereka ni “totok, bangang, tak reti nak melihat mood perubahan” dan apa lanjiao lagi. Sebab mereka dicop sebagai kubu kuat BN.
“Kitorang ni bukan nak kata BN ni bagus sangat, tapi Pakatan aku tengok balik-balik cerita politik je.
“Kalau dah hari-hari aku dengar PR ni semua benda tak bagus, selama ni jadi rakyat Malaysia apasal ok je. Dah jadi pembangkang, tetiba kau nak benci segala?” kata Mamat lagi.
Apa yang aku nampak, orang di Johor yang aku jumpa semua yang bekerja sama ada kerja sawit, kerja jual ubat tradisional dan bukan golongan geng kopi mahal elitis macam di Bangsar. Ini adalah golongan yang akan sentiasa menyokong BN.
Bagi orang-orang di sini ia sangat mudah, golongan yang menyokong PR semua orang middle class yang suka komplen banyak benda tapi tak pernah nak selesaikan sendiri.
“Orang sana, sikit-sikit nak komplen. Tak pernahnya nak reti bersyukur. Bukanlah kata semuanya sempurna, tapi kalau nak komplen je bila nak buat kerja?”
Aku rasa orang Pakatan sebelum bawak bas, bawak geng-geng turun sini, fikir dulu apa nak dicakapkan.
Orang Pakatan mungkin kena belajar budaya sosio orang Johor. Lain dari orang di negeri lain, aku boleh katakan macam tu.
Oh, aku rasa aku nak start jual nasi ujang di KL.