Sunday, 2 September 2012

Pakatan Rakyat Dengan Tisu-Tisu Tandasnya



Kalau kita sebut kurang ajar, mungkin salah kita juga kerana menyediakan pendidikan murah sehingga 'pelajaran' yang tidak mengeluarkan banyak wang untuk biaya mendapatkan ilmu itu diambil mudah oleh sesetengah rakyat sehingga terkurang ajarannya. 

Lebih baiklah kita sebut BIADAP kerana itu jelas salah ibu-bapa mereka yang mengasuh anak-anak sambil lewa sehingga tanpa segan silu, dengan rasa ingin di sorak hingga kembang segala lubang, menjadikan perbuatan seperti di dalam gambar di atas berleluasa.

Ada beberapa jenis manusia 'sakit jiwa' yang kita harapkan agar sampai dia mati sekalipun, dia tidak akan bersama-sama kita di pentas politik ini. Dengan kata lain, teruskanlah bersama Pakatan Rakyat sampai tiba masanya untuk mereka dipanggil menghadap Ilahi.

1.  Puak kutu jalanan hidup tanpa kepedulian ibu bapa.
2. Puak yang menampal gambar pemimpin mereka sebesar dinding di dalam rumah. 
3. Puak kaki lentok, konon aktivis penuh seni, pewaris zaman hippies. 

Golongan-golongan ini sebenarnya tidak tahu apa yang sebenarnya mereka mahukan. Mereka berseronok dalam penentangan ke atas pihak yang memerintah dan bergandingan tangan dengan parti-parti pembangkang dengan hakikatnya, menyembunyikan rasa tidak suka mereka kepada pihak yang mereka sekongkolkan.

Apakah anak-anak terbiar, kutu-kutu jalan dan seniman-seniman lusuh yang menentang ahli-ahli politik pemerintah yang kononnya menjadi kaya raya atas nama korupsi dan salah guna kuasa ini, pernah atau akan berpeluang berkongsi sedikit kekayaan pemimpin 'sanjungan' mereka yang mempunyai kekayaan mencecah ribuan juta ringgit, juga hasil korupsi dan salah guna kuasa semasa masih dalam kerajaan satu ketika dulu?

Hishamuddin Rais tidak mampu menerbitkan filem lagi dan A. Samad Said tidak mampu menubuhkan galeria sendiri kerana Anwar Ibrahim tidak pernah ingin untuk membantu mereka melainkan mempergunakan mereka sebaiknya.

Puak jenis ini jelas sekali hanyalah segulung besar tisu tandas yang digunakan oleh kelompok tertinggi parti pembangkang yang kaya raya. Lebih malang dan bodoh lagi, mereka sedar akan itu, tetapi kerana keharamjadahan yang bersarang dalam minda masing-masing, mereka relakan walaupun di belakang kita, mereka tidak kurang hebatnya mengeji kebakhilan sang ketua mereka.

Sungguh, amat beruntung bagi Barisan Nasional kerana tidak menyimpan kutu-kutu TISU TANDAS yang BIADAP dari kelompok 4 jenis di atas. Jika ada, usirlah mereka ini dari barisan anda.

Dari Mursyidul Am yang 'suci' sehingga ke penyelak jubur yang keji, itulah warna-warni Pakatan Rakyat. Biarlah mereka hidup dalam percampuran mereka yang kabur, jijik, pelik dan sasau. Antara "takbir" pak lebai dan "menyokong kemurtadan" para peguam sivilnya, ada pengajaran dan iktibar yang besar untuk kita renungi. 

Biarlah mereka menjadi ikon kecompang-campingan, kecaca-marbaan dan ketunggang-langgangan sebuah organisasi yang kononnya mampu mentadbir negara ini walaupun "selisihlah" jika ia menjadi nyata.

Minyak jika bercampur air, tidak layak untuk berfungsi sebagai minyak. Begitulah sebaliknya. Biarlah yang jelik-jelik itu hanyut dan berkumpul bersama mereka kerana kelak, jenis-jenis yang bersama kita ialah jenis-jenis yang dapat melihat rasional atas sesebuah perkara dan tidak segan melontar kritikan yang membina demi keutuhan institusi pemerintahan sedia ada.

No comments:

Post a Comment