Nurul Izzah Pilih Hempok Kepala Bapanya Dari Menegah Orang Islam Minum Arak?
Di atas adalah sebahagian petikan temubual antara Nurul Izzah dan The Telegraph yang artikel penuhnya boleh di baca di sini.
Apa yang perlu diberitakan ialah betapa yakinnya Nurul Izzah menyebut 'pemakaiannya adalah haknya' dan ini memberi mesej jelas, kegedikan gadis penari tiang yang memakai pakaian seksi juga mempunyai hak untuk berpakaian menjolok mata.
Bukan itu isu teman. Isu teman ialah bagaimana dia dengan yakin menjawab satu soalan cepucemas berhubung larangan meminum arak.
Katanya " Apakah yang lebih penting? - membanteras rasuah atau menghalang sesetengah orang dari meminum arak di sesetengah tempat? Keutamaan saya ialah membanteras rasuah ".
Maka orang pertama yang perlu dibanteras dalam hidupnya tentulah BAPAKNYA sendiri yang mula menonjolkan diri ikon rasuah negara semasa pemilihan UMNO 1993.
Bukan semasa itu sahaja. Semasa bapanya mengumpan Ahli Parlimen BN untuk menubuhkan Kerajaan Lompat Parti 16 September yang tak jadi, Nurul Izzah sudah pasti mengetahui siapakah saudagar Cina kaya raya yang diguna pakai oleh bapanya untuk mendapatkan dana bagi merasuah Ahli Parlimen BN itu.
Sudahlah hipokrit, bercakap bohong, merendah-rendahkan syariat Islam pula. Inilah kata-kata dari parti anak beranak yang semakin hilang kepercayaan masyarakat. Bak kata Azmin Ali, hanya yang bodoh, buta dan tuli sahaja menyokong PKR, termasuk Azmin.
No comments:
Post a Comment