Wednesday, 29 August 2012

Isu Mesir : PAS Ditimpa Ludah Sendiri Lagi



Morshi Memilih Nasionalis Dan Bukan Islamik - Apa Spin Terbaru Nik Aziz?


Apabila Mohamed Morsi dilantik sebagai Presiden Mesir selepas Hosni Mubarak digulingkan, para pemimpin dan pengikut PAS di negara ini bertakbir riuh rendah. Mereka memikirkan yang Mohamed Morsi akan menepati ciri-ciri yang didendangkan oleh PAS dalam kempen-kempen 'Islamik' mereka di seluruh Malaysia. Maka pelbagailah cerita yang hebat-hebat tentang Mohamed Morsi serta gerakan Ikhwanul Muslimin yang akan mewujudkan sebuah Negara Islam di Mesir mengikut acuan dan fahaman PAS.

Malangnya, Mohamed Morsi bukanlah pemimpin PAS yang berkiblatkan DAP. Bahkan apa yang diperjuangkan oleh PAS di Malaysia juga terlalu jauh daripada pengetahuan Mohamed Morsi. Perlantikan Hisham Kandel sebagai Perdana Menteri Mesir yang baru, menyangkal segala tuduhan dan dogma PAS terutama sekali Nik Abdul Aziz bahawa NASIONALIS itu adalah KUFUR yang KAFIR. Kita hendak melihat selepas ini, adakah akan keluar lagi fatwa daripada penzuhud PAS tentang NASIONALIS dan KEBANGSAAN. Kalau ditentang, adakah bermakna mereka juga menentang Mohamed Morsi yang sebelum ini digambarkan sebagai 'bayangan Imam Mahdi'.

Kita tutup posting ini dengan satu soalan khusus buat Nik Aziz Nik Mat daripada Al Hafiz Ustaz Kazim Elias:

Guan Leng 'Ludah' Muka Pemimpin PAS



Malang sungguh pejuang Islam ala PAS yang bermahzab Nikaziziah ni. Setelah menghina orang Melayu lain yang dikatakan menentang hudud, kini secara terang-terangan, tanpa bersembunyi, Khalifah Agung mereka, Lim Guan Eng meludah muka setiap seekor mereka berhubung soal negara Islam, yang juga intipati ke atas perlaksanaan hudud di negara ini.

Hari ini selepas Karpal berdehem tiba pula giliran Lim Guan Eng rasis chauvanis ultrakiasu buka mulut. Katanya DAP bekerjasama dengan PAS berdasarkan prinsip bersama yang memanfaatkan rakyat dan 'dengan mata terbuka', kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Bertambah memeritkan kenyataan Guan Eng dibaca didepan Mat Sabu Timbalan Presiden PAS hingga membuatkan bapak komunis melayu PAS ini hanya mampu menundukkan kepala tanda taat dan patuh kepada kekandanya.

"Saya ingin mengulangi sekali lagi pendirian DAP yang tidak menyokong pelaksanaan negara Islam di Malaysia dan pelaksanaan undang-undang hudud oleh PAS.


Amatlah jelas di sini, perjuangan para wirawan kesiangan PAS  yang gemar menyerang orang-orang UMNO berhubung isu ini hanyalah retorik penambah dosa mereka semata-mata. Sapa tahu, mereka memikul dosa lebih besar dari orang-orang UMNO sendiri. 

Dari sebab itulah, Allah SWT membalas mereka dengan memberi hadiah berupa ludahan Lim Guan Eng yang mereka agung-agungkan itu, tepat ke muka mereka. 

Pakatan Rakyat Mula Melaksanakan Pemberhentian Kakitangan Awam


Satu penghinaan - CUEPACS

KUALA LUMPUR 22 Ogos - Tindakan memberhentikan ramai kakitangan awam Melayu di Pulau Pinang mungkin ada kaitan dengan hasrat pembangkang untuk mengurangkan 30 peratus jumlah golongan tersebut di negara ini.

Sehubungan itu, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman yang kesal dengan perkembangan terbaru tersebut menasihatkan kakitangan awam agar bijak membuat pilihan pada pilihan raya umum akan datang bagi memastikan nasib mereka terbela.

"Jika benar dakwaan kerajaan DAP Pulau Pinang telah membuang ramai pekerja (kakitangan awam) Melayu dalam pentadbirannya, maka hasrat pembangkang mengurangkan 30 peratus kakitangan awam mungkin menjadi kenyataan.

"Tindakan itu langsung tidak boleh diterima dan ia merupakan satu penghinaan kepada kakitangan awam," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
...
Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Seperkara inilah yang selalu diperdebatkan oleh penyokong kerajaan memerintah dan penyokong pembangkang di pejabat-pejabat kerajaan. Mereka yang menyokong pembangkang rata-rata tidak mempercayai agenda mengurangkan kakitangan awam yang kebanyakannya orang Melayu oleh DAP, komponen paling berkuasa dalam Pakatan Rakyat. Mengikut agenda DAP, andai Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya, 30% kakitangan awam akan ditamatkan perkhidmatan mereka dan angka ini menyamai 350,000 orang penjawat awam. Jika dinilai dengan purata pendapatan mereka itu 'memberi makan' 3 orang, hampir 1 juta orang Melayu akan hilang sumber untuk meneruskan kehidupan. Maka undilah PAS dan PKR kerana dengan mengundi mereka anda akan memberi mandat kepada DAP untuk melaksanakan agenda yang ditelan jauh ke dalam perut para penyokong pembangkang yang mengundi bukan demi masa depan, tetapi demi masa yang telah berlalu.

Sila Baca : Pakatan Rakyat Ancaman Utama Ekonomi Negara.

Perbandingan antara Malaysia dengan negara di sekelilingnya cukup
tragis. Negara ayam di kepuk padi ini sentiasa menjadi negara contoh
kesyukuran rakyat luar.

"Thanks to Malaysia Government because you guys not corrupt" ujar
seorang forumer TripAdvisor dari Filipina ketika mengetahui tiada
cukai terminal dan sebagainya ketika mendarat keluar dari LCCT.

Rakyat Indonesia, dalam umpat caci mereka, turut mengakui kemajuan
Malaysia dalam 'memberi makan rakyatnya'.

Malah pengunduran Shahrizat Jalil menjadi contoh yang diangkat mereka
bagi menyebut ahli politik mereka bermuka tebal atau putus saraf malu.

Dewasa ini pula, akhbar Indonesia mendedahkan lebih banyak hasil
kemajuan pentadbiran Malaysia di kawasan pendalaman terutamanya di
Sabah dan Sarawak berbanding bahagian mereka di pulau Borneo itu.

Mereka juga memuji kawalan harga bahan makan sehingga 30 jenis di
Malaysia berbanding hanya 1 oleh Indonesia yakni beras.

Kawalan Indonesia ke atas bahan makanan lainnya telah digugurkan
kerana menuruti kehendak IMF yang dibawa masuk oleh bekas pemimpin
negara yang kini mahu memerintah dengan propaganda dan fitnah.

Walaupun hari ini IMF sendiri meminjam dari Indonesia kerana kekuatan
ekonominya, monopoli harga bahan makan yang berakar umbi dan
membuatkan rakyat terhimpit, tidak dapat dikawal lagi.

Berbeza dengan negara ini, Malaysia, bukanlah menipu jika disebut
pemerintah negara ini telah dengan penuh tanggungjawab kebajikan ke
atas rakyat, mengawal harga bahan makan sehingga terpaksa disubsidi
sesetengahnya.

Bukan itu sahaja, kerajaan pula berinisiatif bagi membentuk 'a make
money government' bagi menampung bebanan subsidi ke atas rakyat agar
ia tidak menjadi bebanan lagi untuk mensubsidi sebanyak manapun.

Geli hati apabila jutaan rakyat Malaysia mengakui mencintai negara
tetapi tidak memberi sokongan padu ke atas Felda Global Venture yang
mampu menjadi penentu harga sawit dunia. Lebih goblok lagi andai
mereka mendesak ia ditiadakan.

Siapa yang bodoh jika peneroka Felda sendiri sedar bahawa keupayaan
negara merampas Sime Darby dan Guthrie dari tangan Eropah tidak
mungkin semudah menggadaikan tanah peneroka kepada pelabur asing.

Hakikatnya, sekiranya setiap rakyat menyertai proses transformasi
ekonomi dan berhenti dari berfikir untuk menjemput kacang hantu untuk
memerintah kerana jalan untuk mengaut pendapatan tinggi telah
dibentangkan oleh kerajaan.

Cukup hairan apabila orang Melayu tidak sedikit yang mahu kerajaan
ditukar demi untuk 'mendraf negara baru'.

Sangat memalukan apabila golongan Melayu jenis ini tidak pula membina
kekayaan apa-apa, tidak meneroka tanah mana-mana dan tidak mencuba had
keupayaan mereka dalam menghasilkan wang yang mencukupi seandainya
berlaku huru hara dalam negara yang bakal mengakibatkan krisis makanan
yang serius.

Kebanyakan mereka bekerja makan gaji di firma-firma dan syarikat yang
bergantung penuh pada kestabilan politik untuk terus digajikan.

Mereka tahu yang mereka mungkin akan mula mencangkul tanah untuk hidup
seandainya berlaku pergolakan politik yang melumpuhkan ekonomi negara.

Mereka tahu bahawa banyak dasar akan diubah atas dasar liberalisme
dari segi kewangan sehingga ke persoalan akidah.

Mereka juga tahu bahawa demi menjatuhkan kerajaan pimpinan Melayu
sedia ada, Islam perlu dikebelakangkan.

Tetapi atas dasar hati yang kurang bersih, mereka memintal bebenang
perbezaan ini menjadi tali yang akan menjerut leher sesiapa yang ingin
menyatukan mereka.

Kebencian mereka disebarkan melalui ustaz-ustaz politik, artis-artis
yang mengintai peluang sehinggalah melalui golongan hipokrit yang
berpura-pura menyukai mereka dan bersifat pro-sekularisme.

Selepas 4 tahun menghantui proses memakmurkan rakyat oleh pemerintah,
Pakatan Rakyat masih lagi gagasan hantu yang tidak berdaftar, bercarta
organisasi, berpresiden dan berdiri atas satu manifesto.

Golongan yang paling mengharapkan agar kerajaan bertukar tangan ialah
golongan pemonopoli yang dihalang kerajaan hari ini dari menghisap
darah pengguna.

Jika orang Melayu yang sudahlah tidak mahu mengkayakan diri, malah
sulit dan sempit hidupnya, memilih untuk liberalisasi sebuah negara
khayalan berbeza tiga parti yang bakal bercakaran beberapa tahun
selepas sekiranya ia menang, tentulah kecaman negara pro-Malaysia ke
atas rakyat ini bernada 'kamu semua sangat bodoh'.

Ini kerana kejayaan di sisi agama bagi sebuah negara yang hanya
berpenduduk Islam seramai 65% dari 29 juta tetapi mampu sedaya upaya
mempertahankan proses Islamisasi di tanah rebutan ini di era pasca
kolonialisasi, adalah pencapaian yang sukar dilakukan.

Indonesia yang memiliki 85% orang Islam adalah sebuah negara yang
mengagungkan pluralisma agama manakala Turki yang 95% Islam pula
mendabik dada dengan sekularismanya.

Bukankah dua negara ini merupakan dua negara yang sentiasa dipuji
Anwar Ibrahim? Mana pujian Anwar buat harga RON95 yang mencecah RM8.50
seliter di Turki.

Ternyata, selagi tiada permuafakatan dari sebuah pakatan yang sangat
inginkan tampuk pemerintahan itu untuk menunjukkan draf dari versi
mereka untuk menjadikan negara ini sebagai negara berpendapatan
tinggi, janganlah memuntahkan nasi demi menyuap tahi.

Padah bukan sahaja kita yang menanggungnya. Ekonomi negara sedang
bergerak laju. Pergerakan yang laju jika disengkang elemen perintang,
pasti natijahnya menyakitkan.

Kita boleh menyebut, siapa pun memerintah adalah sama, hidup perlu
diteruskan. Tetapi kita perlu juga sedar, bahawa dengan tersalah
pilih, kita mungkin meneruskan hidup dengan mundur ke belakang.

Perlu diingat, Filipina merupakan negara paling maju di Asia Tenggara
ketika kita masih bergelut menoreh getah untuk ladang Inggeris.

Hari ini negara tersebut bersedih apabila mengenangkan kegemilangan mereka.

"Kalau tak bersyukur lagi tak tau la. Keluar negara, tengok negara
kita dari luar, baru kita tau la" kata kawan teman berbangsa India
yang kini bekerja di Kalimantan.

Hari ini, perubahan demi perubahan telah membuatkan ayam di kepuk
terlalu ingka pada rezeki lalu memberontak kerana padinya konon
berkulat.

Mereka tidak pernah melihat reban mereka yang bagaikan kepuk padi itu
dari reban lain yang mengelilingi mereka yang meneruskan hidup dengan
padi bercampur sekam.

Monday, 16 April 2012

Nilai PTPTN Yang Mahu Dilupus Boleh Membina 1,200 Buah Sekolah!

Nilai PTPTN Yang Mahu Dilupus Boleh Membina 1,200 Buah Sekolah!

Kecoh dikalangan kaum pembangkang bahawa PM Najib menipu kononnya hutang yang hendak dimansuhkan berjumlah RM43 billion. Kata mereka, nilai sebenar setelah ditolak hutang yang telah dibayar ialah RM24.7 billion.

Jadi jelaslah mereka-mereka ini mahu RM24.7 billion itu dilupuskan! RM24,700 juta ! Mak bapak mereka tidak pernah ajar mereka bagaimana untuk menilai sebesar mana wang itu dan sebanyak mana manfaat yang boleh diperolehi oleh nilai sebesar itu.

Sebab itulah mereka menjadi satu-satunya bangsa di dunia yang mendesak dijalanan mahukan hutang tersebut dilupuskan. Sesuatu yang tidak pernah dilakukan hatta oleh orang kafir yang dan tidak beragama sekalipun.

Jelak dengan sikap tak ada otak ini, teman ingin ceritakan sebesar mana RM24.7 billion itu kalau mereka orang-orang yang benar.

Nilai tersebut boleh digunakan untuk membina 48 buah hospital, atau membina 120 batang jambatan merentangi sungai yang lebar, atau membina 9,600km jalan raya luar bandar selebar 8 meter, atau lebuh raya bertingkat sepanjang 240km, atau 1,200 buah sekolah, atau 48 buah lapangan terbang baru.

Mahu melupuskan segalanya ini semata-mata untuk pelajar-pelajar yang tidak cemerlang? Sungguh membuatkan pakatan pembangkang akan kalah besar dalam PRU 13 !

Anak-anak Melayu dari jenis bodoh kayu dan tidak waras sedang berdemo supaya hutang mereka sebanyak RM24.7 billion dilupuskan. Rasuah politik sebesar ini telah dijanjikan oleh Anwar yang hina itu kepada mereka.

Sunday, 15 April 2012

Hanya Populasi 100 Juta Boleh 'Membebaskan' Media Aliran Perdana Di Malaysia

Hanya Populasi 100 Juta Boleh 'Membebaskan' Media Aliran Perdana Di Malaysia



Amat menghairankan apabila Anwar membanding-bandingkan kebebasan media di Indonesia dan India dengan kebebasan media di Malaysia.

Ibaratnya, dia menyangka semua rakyat negara ini bodoh-bodoh belaka dan mudah untuk diperbodohkan. Andai kata-katanya didengari oleh pengamal media Indonesia dan India yang tahu mengira untung, sudah tentu mereka menganggap rakyat Malaysia bodoh belaka kerana mempercayai kata-kata Anwar tanpa melakukan kajian bandingan.

Konsep yang jelas ialah, semakin kecil sesebuah negara, semakin condong media negara tersebut memihak kepada pemerintahnya. Melainkan media negara kecil itu telah menguasai pasaran serantau walaupun berasal dari sebuah negara yang kecil.

Membandingkan media Malaysia yang mempunyai 30 juta penduduk dengan media di Indonesia yang mempunyai 250 juta penduduk atau India yang mempunyai 1,200 juta penduduk adalah cara Anwar menunjukkan kebodohannya pada yang nampak. Pada yang tak nampak, ternyata, kebodohan mereka lah yang menjadi sasaran Anwar.

Pasaran India dan Indonesia sudah cukup untuk membuatkan media di negara itu memperoleh untung tanpa perlu bergantung kepada ahli politik mahupun kerajaan. Pun begitu, TVOne di Indonesia yang dipunyai oleh Kepala Partai Golkar, Aburizal Bakrie, tidak mungkin akan menghentam Golkar itu sendiri.

Dan seperti RTM yang berpihak kepada kerajaan, tidak mungkin TVRI akan berpihak mengkritik presiden sendiri.

Media-media swasta di Indonesia dan India sudah cukup kaya dengan pasaran negara tersebut yang luas, besar dan menguntungkan.

Di negara ini, media-media utama tidak mampu untuk menjadi independent. Independent itu sendiri bermaksud tidak bergantung harap. Sedangkan Malaysiakini pun mentekedarah dana asing. Kumpulan Karangkraf yang menjalankan Sinar Harian juga besar kemungkinan disuap dana oleh pihak tertentu.

Maka apa relevannya Anwar menyebut media negara ini dibungkam pemerintah sedangkan media yang mereka danakan seperti Malaysiakini dan TV Selangor masih sahaja berleluasa menyampai berita.

Untuk memperolehi lesen siaran TV menghentam pemerintah yang mana infrastruktur dan prasarananya dibangunkan dan dipunyai oleh pemerintah, bukankah pelik dan gila? Apa gunanya internet yang telah diliberalkan seluas-luasnya oleh pemerintah? Malah pemerintah berusaha dengan memperuntukkan beratus-ratus juta untuk meningkatkan akses kelajuan capaian internet.

Ternyata Anwar hanya berjaya memperbodohkan orang yang sedia bodoh.

Wednesday, 11 April 2012

Penyokong BN ,Mari sertai BERSIH 3.0

Lebih Baik Penyokong Kerajaan Turut Sertai Bersih 3.0


Memang ini adalah inisiatif pembangkang. Perhimpunan Bersih walaubagaimanapun perlu ada segmen pemerintah di dalamnya.

Ini kerana laung pekik jeritan puak-puak pembangkang yang menuduh SPR sebagai agen mempertahankan kerajaan memerintah untuk kali ketiga ini cukup untuk menutup segala buruk lagu mereka ke atas Sistem pilihanraya

Menganggap Bersih sebagai manifestasi pembangkang semata-mata sebenarnya menutup pintu untuk kita dalam melihat salah laku pihak ini dalam proses pilihanraya.

Parti Pembangkang hakikatnya amat selesa apabila sanggahan ke atas sistem pilihanraya hanya dibuat oleh mereka dan tiada siapa dari segmen penyokong kerajaan yang mahu menyertai perhimpunan itu atas nama ianya haram dan menutup periuk nasi.

Kali ini, perhimpunan tersebut dibenarkan. Inilah masa untuk segmen penyokong kerajaan turut menyertai perhimpunan ini bagi melahirkan manifestasi tidak puas hati terhadap permainan puak pembangkang yang menyeret SPR dalam komplot politik mereka.

Siapa tahu dengan kehadiran penyokong kerajaan, ramai mereka yang mengikuti perhimpunan ini akan berada di kem kerajaan nanti. Lebih mulia, selesai perhimpunan Bersih, para penyokong kerajaan bolehlah melakukan kerja gotong-royong pembersihan tapak perhimpunan bagi menyindir tindak-tanduk moral pembangkang dalam etika perhimpunan.

Hehehe..sori,jgn salah faham