Wednesday, 14 September 2011

Sebenarnya,kita semua sedang dicaturkan

Sebenarnya,kita semua sedang dicaturkan


                                           



"As for them, they are but plotting a scheme

And I am planning a scheme

Therefore grant a delay to the Unbelievers: Give respite to them (for awhile)

(At-Thaariq, 86:15-17)





Saya telah memberitahu anda semua tentang mereka yang cuba mencaturkan dan siapa yang menjadi buah-buah catur.Saya tidak memberitahu anda jangan sokong PAS atau UMNO,tidak.Saya tidak pernah memberitahu begitu.Saya hanya memberitahu cara yang betul untuk berjuang supaya tidak dicaturkan secara senyap.Caranya mesti betul,jika tidak,anda akan membuat kesilapan demi kesilapan sehingga anda dan tanahair anda akan dijual kepada musuh-musuh anda.

Tidak perlu saya mengatakan sokong PAS atau UMNO,kerana itu adalah perkara yang tidak bermanfaat langsung.Demokrasi sebenarnya adalah racun sebagaimana Sosialisme.Apa kata Sosialisme?Memiliknegarakan kekayaan.Kekayaan negara menjadi milik rakyat,dan segala kapitalisme akan dibunuh.Menarik bukan?Tiada lagi orang kaya sombong yang kumpul harta berbukit-bukit demi perut sendiri dan membiarkan rakyat marhaen miskin terlonta-lonta.Secara teori,kerajaan Sosialisme/Komunisme berhak menguruskan kekayaan negara untuk diagih-agihkan kepada rakyat secara adil dan saksama.Kerajaan dan syarikat swasta mempunyai plan bersama untuk program 'memiliknegarakan kekayaan' tadi.Sungguh bagus bunyinya.Namun secara praktikal,negara yang mengamalkan Sosialisme dan Komunisme lah yang paling huru hara,penuh keganasan dan perlanggaran hak asasi manusia.Adakah Komunisme menjadi ideologi yang anda rasa 'mesra-rakyat' kini?Jika seseorang mengatakan kepada anda "kami akan mengagihkan kekayaan negara sama rata" namun mengacukan AK-47 ke arah anda,adakah anda merasa selamat dan mengikut kata-kata lelaki itu?

Ini adalah UTOPIA.Sebagaimana Sosialisme,demokrasi juga adalah utopia.Tiada sistem yang paling ideal dalam dunia ini selain sistem yang diciptakan oleh Pencipta manusia.Tuhan telah menawarkan sistem yang dicipta-Nya sendiri kepada manusia.Namun manusia tidak mahu.Manusia fikir dia lebih bijak dari Tuhannya sendiri.

Saya tidak mengatakan bahawa PAS salah atau UMNO mahupun PBB adalah parti yang perlu anda undi.Atau UMNO dan PBB adalah parti syaitan manakala PAS adalah parti maksum yang jika anda undi,anda akan dijamin masuk syurga.Tidak,saya tidak mengatakan begitu.Saya cuma memberitahu bahawa PAS dan UMNO serta PBB perlu bertindak begini dan begitu supaya anda semua boleh berjuang dalam landasan yang betul.Jika anda tidak mahu bersatu,tidak mengapa.Berpecahlah,apa saya peduli jika Malaysia huru hara sekalipun saya boleh 'fly' ke mana-mana bahagian dunia hatta ke dalam 'secret vault' di dalam Vatican Chapel sekalipun ataupun berdiam di dalam 'red zone' di Bohemian Groove.Cuma yang saya fikirkan,ibu-ibu tua di kampung-kampung yang tidak tahu apa-apa,anak-anak kecil yang bermain lumpur di sawah bendang.Jika tanahair mereka itu yang satu-satunya tumpah darah mereka ini menjadi huru hara dan penuh keganasan,apakah yang boleh mereka lakukan?Kerajaan yang dipegang oleh Melayu jatuh ke tangan kerajaan campuran yang mana PAS hanya mendapat sebahagian kecil sahaja,adakah nasib mereka akan terbela?Dalam 5 atau 10 tahun mungkin nasib mereka akan terbela,kemudian anda akan lihat mereka akan menyertai saudara-saudara mereka di Singapura.

Saya boleh katakan PAS itu betul,jika mereka MEMIMPIN dalam Pakatan Rakyat.Mereka mencaturkan halatuju pembangkang dan menjadi jurucakap Islam kepada non-muslim.Mereka memberitahu apa yang boleh atau tidak dalam Islam,menjadi contoh dan asbab hidayat kepada non-muslim.Jika Bersih 2.0 dianjurkan oleh PAS dan isunya ialah tentang memperkasakan Islam dan Hukum Allah,maka saya menggalakkan semua muslim di Malaysia supaya sertai Bersih 2.0 ini.Pedulikan polis-polis yang menjadi hamba demokrasi itu.Lawan tetap lawan.Lawan untuk siapa?Lawan demi Allah Azza Wa Jalla.Yang menciptakan saya dan kamu.

Tetapi jika berhimpun hanya untuk 'membersihkan demokrasi',anda telah membuat satu pekerjaan yang gila.Demokrasi tidak akan pernah bersih selama-lamanya.Demokrasi adalah sistem yang cacat.Demokrasi adalah TONG TAHI.Anda berhimpun untuk membersihkan tong tahi dengan menggunakan air tahi yang baru.INI SALAH.Menuntut untuk satu pilihanraya yang bersih.INI SALAH.Pilihanraya tidak akan selamanya bersih.Pilihanraya adalah satu perkara yang subjektif.Jika Ambiga menjadi pengerusi SPR,beliau akan membuatkan pilihanraya itu mengikut objektif beliau,dan ini dianggap BERSIH hanya oleh beliau!

Pilihanraya mengikut siapa yang mengawalnya.Demokrasi dan pilihanraya tidak akan bersih.Jika anda fikir anda sedang mencatur sesuatu,sebenarnya anda sedang dicaturkan.

Islam adalah agama yang sempurna.Islam mengajarkan sistem politik,ekonomi dan sistem sosial manusia.Islam membahaskan dari perkara sekecil-kecilnya seperti adab masuk tandas sehinggalah bagaimana mengurus sesebuah negara.Gautama Buddha tidak pernah mengajarkan anak muridnya tentang sistem ekonomi seperti simpanan,insuran,pajak gadai dan sebagainya,namun Nabi Muhammad s.a.w memberikan panduan tentang urusan perbankan dan transaksi.Pernah dengar Mudharabah?Ar-Rahnu?Bank Islam?Ini semua ada garis panduannya yang diambil dari hadis-hadis nabi yang kebanyakan dari kita tidak pernah mendengarnya.Anda boleh merujuk kepada panel syariah dalam urusan perbankan Islam.Jesus tidak pernah mengajarkan kepada sahabat-sahabatnya tentang sistem politik,bagaimana menguruskan negara,namun Nabi Muhammad s.a.w telah memberi contoh panduan bagaimana menguruskan sistem politik dan kenegaraan.Undang-undang,kuasa mahkamah,kuasa eksekutif,sekuriti dan sebagaimana semuanya tercantum dalam satu ilmu fekah yang dipanggil Jinayah.Hukum Hudud,Qisas,Takzir dan lain-lain termasuk dalam fekah ini.Adakah kita pernah ambil peduli dengan semua ini?Sistem yg di amalkan oleh barat adalah sistem ciptaan manusia.Itulah demokrasi.Namun Islam mengajarkan sistemnya sendiri,yang datang terus dari Allah Azza Wa Jalla,namun yang orang Islam amalkan pada hari ini adalah demokrasi,ciptaan manusia yang ketiadaan sistem yang diwahyukan dari Tuhan.

Saya boleh katakan UMNO mahupun PBB adalah betul jika mereka memimpin negara mengikut sistem Islam.Namun mereka mengikut sistem sekular.Oleh kerana ibu dan bapa mereka Islam,maka mereka masih mahu menyuburkan Islam.UMNO dan PBB masih terpenjara dalam sistem penjajah.Mereka cuba menyuburkan Islam di dalam tong tahi.Namun orang-orang seperti Ambiga ada rancangan lain.Tuan kepada Ambiga menghendaki supaya demokrasi Malaysia perlu di'bersih'kan SEPENUHNYA.Dibersihkan dari apa?

DARI AGAMA ISLAM.

Patsies seperti Ambiga tidak tahu kenyataan sebenar.Rotary Club tidak pernah memberitahunya kenyataan sebenar.Mengapa?Kerana Rotary Club juga adalah anjing pencacai yang tidak tahu menahu kenyataan sebenar.Apa kenyataan sebenar itu?

Bahawa sistem Islam diajarkan sebagai taklimat khas dalam silibus next 33rd level Luciferian Illuminatus.

Orang yang mendapat 'initiation' ke peringkat 'over 33rd degree' dalam organisasi Luciferian yang mengawal jenama seperti Freemason,Lion Club atau Rotary adalah mereka yang diwajibkan belajar selok belok agama Islam.Siapa tidak boleh menafikan bahawa Islam adalah musuh nombor satu organisasi Kabbalis dan Luciferiancraft,yang menjadi anutan elit-elit dunia.Jika anda lahir sebagai seorang Islam,anda telahpun memiliki beberapa musuh seperti:syaitan,nafsu, orang kafir,munafik,Nasrani,Yahudi,Majusi,penyembah berhala,orang Islam yang dengki kepada anda dan juga ini,para penyembah syaitan yang kini menguasai hal ehwal dunia planet Bumi.

Mereka adalah orang-orang yang terkaya dalam dunia.Mereka makan di atas pinggan emas dan minum dalam gelas emas.Namun setiap hari mereka takutkan orang Islam mengamalkan sepenuhnya agama mereka.

Bagaimana saya tahu?Adakah saya salah seorang dari mereka?Sudah tentu tidak.Namun saya boleh 'access' ke tempat-tempat mereka melalui 'backdoor'.Tiada yang mustahil bagi Allah.Jika Dia menghendaki maka ia akan terjadi.Jika anda fikir anda sedang mencatur sesuatu,sebenarnya anda sedang dicaturkan.

Orang yang memiliki pengetahuan rahsia akan menyedari perkara sebenar.Saya berada di kalangan elit yang mengawal anjing-anjing,hamba atau patsies seperti Ambiga ini dan saya tahu beberapa perkara.Cukup saya katakan,PKR tidak perlu,PAS perlu banyakkan dakwah kepada orang Islam dan ajak orang-orang seperti Ambiga atau Lim Guan Eng kepada agama Allah.Di akhirat nanti,jika Lim Guan Eng,Karpal Singh atau Ambiga menuding jari kepada anda kerana tidak pernah mengajak kepada Islam,apakah alasan anda di hadapan Allah nanti,padahal anda duduk semeja dengan mereka semasa di dunia?

UMNO PERLU BERTAUBAT DAN BELAJAR AGAMA.

Kita semua tinggal di dalam Bumi yang akan musnah suatu hari nanti.Selepas kita menjadi mayat,adalah satu kehidupan yang kita sendiripun tidak dapat membayangkan bagaimana.Hari ini ramai manusia tidak pentingkan agama dalam kehidupan.Bagi mereka cukup wang maka cukup makan.Bila kita menjadi mayat,apa jua pekerjaan kita yang hebat-hebat di dunia ini tidak berguna sedikit pun.Yang berguna adalah iman kita.Solat kita.Ini adalah 'generator' kepada kebahagiaan kita di akhirat nanti.Agama tidak perlukan anda.ANDA YANG MEMERLUKAN AGAMA.Biarpun tiada seorang pun yang beriman di atas muka bumi ini,ini tidak menurunkan Allah Azza Wa Jalla walaupun satu darjat.Biar semua manusia masuk Islam sekalipun,ini tidak sesekali menaikkan Allah Azza Wa Jalla walaupun satu darjat.Tidak sedikit pun memberi manfaat dan mudarat kepada Allah bahkan Allah lah yang memberi manfaat dan mudarat.


PAS, UMNO dan PBB perlu belajar seni perancangan musuh-musuh Islam.Jika anda-anda semua mahu berpecahbelah,silakan.Namun datanglah masjid untuk solat berjemaah bersama-sama.Rapatkan saf anda.Lambat laun Allah Yang Maha Pengasih akan menyatukan hati-hati anda.Anda semua adalah bersaudara.

Ingat,untuk menang di atas papan catur,anda perlu memiliki strategi sendiri.Kami telah tunjukkan beberapa langkah.Namun sampai satu tahap,anda tidak perlu mengikut langkah-langkah ini lagi.Tiada lagi strategi.Sampai satu tahap,anda akan menyedari hakikat sebenar.Hakikat bahawa anda tidak perlu lagi bermain.Jika anda fikir anda sedang mencatur sesuatu,sebenarnya anda sedang dicaturkan.

Jika anda terminum racun,jangan sembuhkannya dengan cuka getah

Jika anda terminum racun,jangan sembuhkannya dengan cuka getah




Jika anda terminum racun,jangan sembuhkannya dengan cuka getah

oleh Srikandi





Apa yang ingin saya sampaikan kepada anda semua ialah,jangan memutarbelitkan sejarah secara merbahaya.Maksud saya ialah mengeksploitasikan sejarah untuk mencapai maksud tertentu sehingga orang lain mengambil kesempatan untuk bersama-sama mengeksploitasikan sejarah kita sampai kita dihalau keluar dari bumi sendiri.

Motif saya yang sebenar ialah,tolong hentikan provokasi terhadap UMNO.Apa yang MESTI dilakukan oleh Pas sebenarnya ialah mengajak UMNO kepada Islam secara kasih sayang.

Apa kepentingannya mengatakan Komunis adalah wira sebenar?Jika ini diterima,maka akan ada tuntutan supaya Chin Peng diangkat sebagai wira.Kemudian akan ada 1001 tuntutan lain yang tidak munasabah dan tidak ada kena mengena menyerang dari pelbagai sudut.Mat Sabu bercakap atas kapasiti:merendah-rendahkan UMNO.

Dalam Tragedi Bukit Kepong,terdapat dua pihak;polis yang bekerja di bawah British.Satu lagi adalah gerila Komunis.

Kedudukan polis ini sama seperti anak-anak ahli Pas yang masuk berkerja dalam pasukan uniform sama ada tentera atau polis.Bagi ahli Pas tegar,UMNO adalah najis anjing,sekular dan kafir.Jadi apakah hukumnya anak-anak mereka yang bekerja kerajaan?(kerja gomen kata orang kampung)

Jika Komunis menyerang polis pada hari ini,di mana anak ahli Pas tadi adalah salah seorang darinya,adakah bapanya sanggup mengangkat anggota Komunis yang membunuh anaknya sebagai wira kerana berjuang membanteras kerajaan UMNO?Polis bekerja untuk kerajaan UMNO jadi polis bukan wira sebenar.

Cuba buktikan pada saya,SELURUH ahli Pas tidak ada yang bersangkut paut dengan kerajaan,anak beranak mereka mahupun saudara mara mereka tidak ada yang bekerja di bawah 'jajahan' UMNO yang memerintah sekarang (baca:British).

Moralnya,Pas jangan terpengaruh dengan permainan politik demokrasi.Tak payah nak politik sangatla.Mengapa anggap UMNO sebagai 'musuh politik?'Mengapa tidak anggap UMNO sebagai saudara yang sakit?Nabi pun tak anggap bapa saudaranya,Abu Jahal sebagai najis yang 'confirm' isi neraka.Tahu tak berapa kali nabi ziarah Abu Jahal?

Ada pembaca yang mengatakan hilang respek kepada saya,artikel saya sebelum ini kurang fakta dan tak ilmiah...dan bla..bla.Anda semua mahu saya karang sejarah Komunis secara terperinci,lengkap dengan tarikhnya dalam bahasa standard sekolah?Kemudian sejarah Tragedi Bukit Kepong?
Perlukah saya buat begitu,dan berharap anda membacanya dengan bersungguh-sungguh?Itu adalah buang masa namanya.Sejarah,berfungsi apabila penggunanya mengambil pengajaran darinya.Sejarah bukan untuk dihafal atau diceritakan.Sejarah adalah alat untuk bertindak.

Apa yang saya lakukan ialah mengekstrak dari sejarah dan berikan jusnya kepada anda supaya anda fikir dalam-dalam.Saya mahu katakan bahawa kenyataan Mat Sabu adalah kenyataan syok sendiri.
Ingat,saya bukan anti-Pas atau penyokong UMNO.Saya mahu melindungi sejarah yang mahu diputarbelit.Dahulu ketika saya membela DS Anwar atas dasar simpati (supaya kita dan beliau menjadi lebih baik,bukan bertambah songsang),penyokong-penyokong UMNO menyerang saya dari pelbagai sudut sampai memanggil saya pemuja Al-Juburi dengan 1001 makihamun dan kata-kata kurang enak.

Inilah perjuangan dan saya tidak gentar mempertahankan sejarah.

Apa yang saya perjuangkan dalam isu ini ialah nasib para anggota polis dan anak isteri mereka yang diperlakukan dengan kejam oleh Komunis.Mat Sabu dan penyokongnya tidak peduli pasal perkara ini.Lihat,saya tak kata Pas,saya sebut 'Mat Sabu dan penyokongnya'.Walau apa pun keadaan mereka,mereka adalah sebangsa dan seagama dengan saya.Bagi saya,walaupun Mat Indera (Abdullah CD dan whateverlah) dan anggota Komunis yang dipimpinnya mahu membanteras British,namun CARA mereka tidak kena.Mereka bertindak kejam.Mereka membunuh saudara-saudara seagama saya dan membakar hidup-hidup kanak-kanak.Perkara yang menjadi kemusykilan saya,mengapa Mat Indera tidak menghalang perkara ini?

Adakah anggota polis dan anak isteri mereka yang terbunuh itu isi neraka sebab bekerja mencari sesuap nasi melalui pentadbiran British?

Ada yang mengatakan Mat Indera Sosialis bukan Komunis.Hey kawan...apa bendanya itu Sosialis,apa dia Komunis?Bercakap macam mabuk todi.Tak tahu hujung pangkal.Sosialis dan Komunis adalah bersaudara atas dasar teori ekonominya dan mengakar pada teori sosio-politiknya.Apa yang membezakan keduanya ialah tahap radikal.Itu saja.Orang yang mengasaskan Komunis adalah Sosialis pada masa yang sama.Sama juga orang yang mengasaskan faham Liberal adalah pencandu demokrasi pada awalnya.Sosialis diasaskan oleh faham Marxis-Lenin yang kemudiannya menghidupkan faham Komunis.Komunis adalah konsep politik bagi faham ekonomi bermazhab Sosialis.Khatam dulu subjek Sosio-Politik baru boleh berentap bercakap pasal Sosialis,Komunis.

Kurang ilmu pengetahuan menyebabkan anda mudah ditipu dan diperbodohkan.Apakah daging yang paling enak?Daging orang yang bodoh!Ramai orang akan berkerumun kepada mereka seperti hidangan yang siap di atas meja.

Saya tidak peduli sama ada Mat Indera Komunis atau tidak.Jika beliau cuba untuk membebaskan Tanah Melayu dari British,go on...saya akan menghormati beliau sebagai pejuang negara.Yang saya mahu timbulkan di sini ialah saya tak mahu Komunis diangkat sebagai wira negara.Jika ada orang buat alasan Mat Indera menggunakan Komunis untuk membebaskan negara,saya mahu katakan tindakannya silap.Jika Komunis menang,maka Komunis akan memerintah,bukan Mat Indera dan orang Islam.Apa Mat Indera mahu buat bila Komunis buat beliau dan kita semua duduk bawah pentadbiran Komunis?Adakah bila British berjaya dihalau keluar,Komunis dengan baik hatinya menyerahkan pentadbiran Tanah Melayu kepada kita?Fikir dahulu,jangan terburu-buru.Saya nak petik kenyataan Suhaizan Kaiat berhubung Mat Indera dalam Malaysiakini:

Beliau berkata, dengan keadaan komunikasi terhad pada masa itu, Mat Indera juga sudah pasti tidak tahu kaitan antara PKM dengan rangkaian komunis antarabangsa.

"Yang dia tahu, di depannya ada sekelompok orang yang mahukan kemerdekaan," kata Suhaizan yang diberi kepercayaan oleh Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu bagi berdebat berhubung perkara itu dengan Pemuda Umno.


Ulasan: (Kepala hotak dia!) Dia ingat masa depan Tanah Melayu boleh buat main-main?Bagaimana Mat Indera tak tahu kaitan Komunis dengan Politburo atau Comintern?PKM dapat senjata dan dana dari siapa?Sendirian Berhadkah?Sebab nak merdeka rela masuk mulut buaya?Sebab nak merdeka rela minum cuka getah?INILAH MORAL DARI ARTIKEL SAYA.Saya tak kisah anda berjuang dengan cara masing-masing.Tapi mesti dengan cara yang betul.Fikir dulu,kalau aku buat begini,kemudian apa akan jadi.
Kalau aku buat begitu,kemudian apa akan jadi pulak.Owh...Komunis tawar senjata dan bantuan kepada aku,tapi kalau aku dan Komunis berjaya,mahu kah Komunis benarkan aku tubuh perlembagaan Islam?Terjaminkah agama Islam?Apa Komunis buat di China dan Rusia?Fikir...fikir dahulu.

Apa yang Pol Pot buat di Kemboja?Apa yang Komunis-Sosialis berjaya lakukan di Vietnam dan Korea?Ada orang cakap Komunis dianggap wira di Vietnam kerana berjaya halau Amerika.Vietnam lain syeikh...itu negara non-muslim.Komunis ke,Liberal ke atau faham menyembah syaitan ke semua sesuai.Nak makan daging anjing boleh...babi boleh...katak boleh...itu Vietnam syeikh...Kita orang Islam.Ada batas-batas tertentu.Kajilah dahulu,buat homework sebelum pilih.Amerika datang sebab ada alasan untuk banteras Komunis.Macam Amerika buat alasan untuk kempen Memerangi Keganasan.Vietnam terpisah menjadi dua gara-gara clash antara Komunis dan demokrasi.Apa yang Vietnam perlu bayar sebab jadi kambing hitam pertembungan Komunis-Demokrasi tajaan Amerika?Ramai rakyatnya terbunuh.Pernah dengar My Lai Massacre?Itu yang anta-anta semua nak?Korea sampai sekarang terpisah gara-gara politik Thesis & Antithesis begini.Ini yang anta-anta semua nak?

Kalau setakat alasan begini Suhaizan Kaiat boleh hidangkan,memang fail!Bila British berjaya dihalau,maka sudah pasti Komunis ambil alih Tanah Melayu.Tidak ada satu negara dalam dunia ni yang bila gerakan Komunis berjaya merebut kekuasaan,mereka serahkan kuasa pada rakyat tempatan APATAH LAGI KEPADA ISLAM.Kemudian sudah tentu ramai orang Melayu akan memberontak.Kemudian jadi perang saudara.Politburo akan arahkan hantar ramai tentera dari luar untuk liberalkan orang Melayu Islam.Orang Melayu ni sifat dia akan mengamuk bila dikenakan kekerasan melampau.Jadi Komunis akan hantar tentera dan senjata lebih banyak.Komunis di Kemboja dan Vietnam dikerahkan untuk membantu.Ramai pemuda Melayu dibunuh.Lebih ramai wanita dan kanak-kanak dibakar hidup-hidup.Lepas tu apa 'Mat Indera' kata?:

"Eh,jangan salahkan saya!Saya ingatkan Komunis ni baik,tugas saya pun selesai.Tugas saya halau British jer.Tak tahu pulak Komunis Malaya ada kaitan dengan Komunis Antarabangsa.Saya ingat mereka ni gerila menentang British.Sebab itu saya masuk.Saya hanya mahukan kemerdekaan.Itu tujuan saya.Lepas merdeka,lantak pi lah!"

MACAM TU?Itu jer yang mampu pencacai Komunis hujahkan?Nak berdebat konon.Balik rumah cermin muka dulu la.Apasal tak gunakan otak?Saya sensitif sebab tak mahu negara saya jadi macam Kemboja.Pol Pot orang Kemboja.Tapi dia bunuh 3 juta bangsa dia.Sebab apa?SEBAB DIA KOMUNIS.

Menyesal dahulu pendapatan menyesal kemudian bayarlah cukai pendapatan*.Saya TIDAK mahu menyesal kemudian sehingga kena bayar segala kesilapan orang yang tak guna otak ketika berjuang.Saya mahu menyesal sekarang.Datanglah kaum kerabat Mat Indera atas pentas bercakap itu dan ini,memanglah mereka akan bela Mat Indera.Saya kalau jadi adik Mat Indera pun saya akan bela abang saya.Buruk-buruk dia,dia abang saya.Walau terang-terang abang saya yang dilihat menyerang polis Bukit Kepong pun kata saksi yang terselamat,saya akan kata,eh...abang saya tak pernah masuk Komunis.Saya akan bela sebab dia abang saya.Tapi ini bukan nak cakap pasal sentimen keluarga.Ini masa depan bangsa dan negara!Ini perihal ada orang nak putarbelit fakta.Saya sokong nama Mat Indera dibersihkan dari apa yang dikatakan sebagai 'pengkhianat negara'.Tapi saya tak sokong tindakan bodoh komunis.

Saya ingin tegaskan,saya tak sokong Komunis bukan bermakna saya sokong British.Bukan nak kata British baik.Saya,Srikandi sokong perlembagaan Islam.

Saya mahu tanya pada penyokong Mat Sabu,apakah pandangan mereka kepada anggota polis Melayu Islam yang terbunuh dan anak isteri mereka yang mati dibakar hidup-hidup oleh Komunis?Ada tak rasa simpati dan kasihan di hati anda?Jika mereka bangkit kembali dari kematian,dan mahu meluahkan rasa sakit dibakar hidup-hidup kepada anda,mahukah anda merapatkan kedua belah telinga ke bibir mereka,mendengar rintihan mereka?

Siapa yang peduli dengan polis Melayu yang mati ditembak dan anak isteri mereka yang menjerit-jerit kepanasan dibakar hidup-hidup?Siapa yang peduli?Orang bukan Islam tidak peduli.Amerika?Israel?Rusia?China?Ada mereka kesah?

Komunis?Adakah mereka rasa simpati apabila melihat seorang budak Melayu meronta-ronta kepanasan dibakar dalam berek keluarga?Ada mereka peduli?Saya tak kondem PAS atau UMNO tapi ada anda peduli semua ini?
Mengapa perlu bergaduh sesama sendiri dengan cara merendah-rendahkan sejarah sendiri dan mengkondem bangsa sendiri?Ini bodoh namanya.

Saya tak sentuh pasal Dr. Burhanudin Helmi,Shamsiah Fakeh dan lain-lain.Saya tak kondem pergerakan kemerdekaan sayap kiri.Semuanya bersama-sama untuk membebaskan tanahair dari cengkaman British.Tetapi saya kondem serangan kejam dalam Tragedi Bukit Kepong.Jika anda ingin membebaskan tanahair ini dari British,saya merayu...bukan ini caranya.Pergilah bunuh seberapa ramai pegawai British,terutamanya Harold MacMicheal.Saya sokong dari belakang.Tapi jangan bunuh bangsa saya yang seagama dengan saya walaupun mereka cuba mencari rezeki bekerja di bawah pentadbiran British.

Suci sangatkah perjuangan anda sampai sanggup membunuh bangsa sendiri yang dianggap talibarut British?Nak bunuh,bunuh sajalah polis yang melawan.Kenapa sampai bakar wanita dan kanak-kanak hidup-hidup?Kenapa menyeksa wanita dan kanak-kanak??Why..why my brothers and sisters?

Saya mahu penyokong Komunis Melayu dan Mat Sabu berkokok di sini.Kritik saya sehabis mungkin.Ada orang yang kena ketuk,baru fikirannya jalan.

Komunis bukannya jalan penyelesaian yang terbaik.Jika anda terminum racun,jangan sembuhkannya dengan cuka getah.






*Menyesal dahulu pendapatan menyesal kemudian tidak berguna.

Jangan masuk mulut buaya sebab nak lari dari mulut harimau

Jangan masuk mulut buaya sebab nak lari dari mulut harimau





Jangan masuk mulut buaya sebab nak lari dari mulut harimau

Oleh Srikandi







Saya pasti ketika ini masih panas isu seorang pemimpin sebuah parti politik yang bercakap tentang Tragedi Bukit Kepong.Pemimpin itu,Mat Sabu merangkap Timbalan Presiden Pas mendakwa pengganas Komunis yang menyerang balai polis Bukit Kepong adalah wira sebenar bukannya anggota polis yang mempertahankan balai polis itu.

Sebenarnya anda tidak perlu keliru atau mengelirukan diri sendiri apabila mendengar kenyataan Mat Sabu.Anda hanya perlu kaji perkataan ini,KOMUNIS dan apakah motif perjuangan mereka.

Ramai para penyokong Mat Sabu mengatakan sebab anggota polis tadi bukan wira sebenar adalah kerana mereka diibaratkan bekerja untuk British,kerana ketika itu sistem kerajaan dikuasai oleh British.Senang cerita,mereka bagaikan talibarut penjajah.

Ok,bekerja dengan British,maka jadinya talibarut British.

Bagaimana dengan bekerja untuk Komunis?Siapa Komunis?Mahukah saya ceritakan sejarah fahaman Komunis?Bermula dari Das Kapital atau The Communist Manifesto?Latar belakang Karl Marx and Frederick Engels?Siapa Lenin?





Pernah dengar kata-kata 'hikmat' bapa Komunis Karl Marx,"Religion is the opium of the people"? (Agama adalah candu masyarakat)

Saya tidak kisah jika pihak yang menyerang balai polis Bukit Kepong itu adalah anggota pertubuhan Islam contohnya atau kesatuan Melayu seperti KMM,tak kisahlah sayap kiri atau pemberontak British,asalkan bukan Komunis atau spesisnya seperti Bintang Tiga atau MPAJA.

Ini yang diangkat sebagai wira adalah KOMUNIS,yang membunuh ramai orang Melayu dan Islam kerana dituduh sebagai talibarut British.Jika anda tidak setuju dengan polis Bukit Kepong dan British,tidak semestinya anda mesti setuju dengan Komunis hanya kerana Komunis menentang British.

British tidak percayakan Tuhan anda.Komunis tidak percayakan agama.Mengapa anda sokong Komunis hanya kerana Komunis menentang British?

Dua-dua saya tidak suka,sama ada British atau Komunis.Tetapi dalam situasi Bukit Kepong,saya lebih menyokong anggota polis dan keluarga mereka,kerana mereka sebangsa dan seagama dengan saya.Di pihak Komunis,hanya Mat Indera dan beberapa kerat Melayu bodoh,selebihnya adalah mereka yang menganggap agama anda adalah candu masyarakat (termasuk Melayu bodoh tadi).

British mentadbir Tanah Melayu dan sudah tentu mewujudkan institusi pertahanan (baca:polis dan tentera) untuk menjaga tanah jajahannya.Fahaman Komunis merebak dari Russia,China dan ke negara-negara Asia Tenggara.Komunis diciptakan untuk 'clash' dengan fahaman Kapitalis dan Imperialis seperti British.Siapa Komunis?Orang kafir zimmi yang baik hati yang mahu merdekakan tanah anda dari British?

Damn!

British tidak percayakan Tuhan anda.Komunis tidak percayakan agama.Mengapa anda sokong Komunis hanya kerana Komunis menentang British?

Jika syaitan dan Iblis yang menyerang Bukit Kepong,maka mengapa anda mesti menyokong syaitan dan Iblis tadi semata-mata mereka menentang British?

Apa yang saya mahu katakan lagi,why are you so stupid?

UMNO tidak percayakan sistem Islam.DAP dan Komunis bukan sahaja tidak percayakan sistem Islam malah Islam dan Tuhan anda sendiri.Mengapa anda sokong DAP dan Komunis semata-mata mereka menentang UMNO?

Mengapa bodoh sangat ni.Wake up!

Jangan sampai motif perjuangan anda mencapai tahap:semata-mata menentang UMNO.

Ini mencapai faham Machiavelli iaitu gunakan apa sahaja isu dan cara asalkan UMNO jatuh.Biar Islam diperkosa luar dan dalam,asalkan UMNO tumbang.Jual Islam pun tak apa,asalkan UMNO tumbang.

Katakan Komunis berjaya menghalau British dari Tanah Melayu.Anda fikir Komunis akan melantik Mat Sabu menjadi Presiden dan menjalankan hukum Hudud dan Qisas di Tanah Melayu?Hey kawan,nak sembahyang dalam masjid pun belum tentu selamat,inikan pula nak bercakap pasal sistem Islam di bawah cengkaman Komunis.Bacalah sejarah negara-negara Asia Tengah ketika di bawah USSR.Sampai satu tahap generasi muda tak tahu nak solat,puasa dan sebagainya.Mereka hanya tahu ucap 'Lailahaillallah' sebab nenek moyang mereka selalu mengucapnya.Sekolah agama ditutup,para ustaz dibunuh.Agama adalah candu masyarakat.KOMUNIS KATA AGAMA ADALAH CANDU MASYARAKAT.Agama adalah candu masyarakat.KOMUNIS KATA AGAMA ADALAH CANDU MASYARAKAT.

Apa jadi pada muslim Uiguyr?Nak puasa pun tak boleh,nak terawih pun tak boleh.Ramai kena siksa dan dibunuh.Siapa yang buat tu?Orang kafir zimmi yang baik hati yang nak merdekakan tanah air anda?KOMUNIS!!

Jangan masuk mulut buaya sebab nak lari dari mulut harimau.

Sokong Komunis sebab nak merdeka dari British.Komunis tu baik hati sangat ke?Komunis tu suka tolong orang Islam ke?Sila senaraikan 10 kebaikan Komunis sebagai sebab mereka patut diangkat sebagai wira.

Jangan jadi bodoh.Kita perlu mengenal siapa musuh,siapa kawan.Fikir betul-betul adakah tepat dia saya angkat sebagai wira?Mengapa saya angkat dia jadi wira?Sebab dia menentang British?Jika syaitan menentang British,adakah syaitan saya angkat sebagai wira?

Mungkin kata Mat Indera atau Abdullah CD,saya berjuang untuk membebaskan bangsa dari British.Tetapi mengapa anda bunuh bangsa anda sebab nak halau British?Saya nak bagitahu,jika Komunis berjaya menghalau British,Mat Indera dan Abdullah CD tak akan mentadbir Tanah Melayu,tetapi KOMUNIS YANG AKAN MEMERINTAH TANAH MELAYU.Chin Peng yang akan buat anda-anda semua jadi anjing kurap duduk bawah dia.

Mengapa orang benci Komunis?Ada tak catatan bahawa Komunis memberi bantuan makanan untuk orang kampung?Komunis tolong bina surau dan masjid?Mengapa orang benci Komunis?SEBAB KOMUNIS KEJAM!

Semata-mata tak nak duduk bawah British,lebih rela duduk bawah kangkang Komunis yang bunuh suami anda dan rogol anak perempuan anda.Rela duduk bawah Komunis yang kata agama kamu,nabi kamu dan Tuhan kamu ADALAH CANDU,CANDU DAN CANDU MASYARAKAT.

What a stupid of you.

Jangan masuk mulut buaya sebab nak lari dari mulut harimau.Ingat kata-kata ini.

Saya tak kisah anda ingin mengangkat Komunis sebagai wira hanya kerana anda benci UMNO dan anggap mereka sebagai talibarut British.Tetapi siapa Komunis?Apa motif perjuangan mereka?

Adakah Komunis lebih baik dari British?

Tepuk dada tanya kepala lutut anda sendiri.

Apakah kepentingan sejarah?Sejarah adalah senjata untuk mengelirukan anda dan membuatkan anda menganggap musuh adalah wira anda,superhero anda.Apa kepentingan sejarah?Sejarah adalah mikroskop untuk mengelakkan anda menjadi mangsa keadaan,dan mengelakkan anda mengangkat orang yang menganggap agama anda candu masyarakat sebagai wira sejati anda.

Friday, 9 September 2011

Jadilah pencatur,bukan yang dicaturkan!!!

Jadilah pencatur,bukan yang dicaturkan





Jadilah pencatur,bukan yang dicaturkan

Oleh Lodgekeeper





Dalam pesanan ringkas ini,saya ingin membawa semua pembaca supaya berfikir sejenak,dan mengambil tindakan sesuai dengan logik akal.Dalam dunia yang dipenuhi segala propaganda,kita mesti bijak menapis segala maklumat yang ada,bukannya menjadi seperti lembu yang dicucuk hidung.Gunakan akal anda.Bertindak dengan bijak.

Saya menujukan pesanan ini khusus kepada orang Islam di Malaysia atau Muslim Malaysia,khasnya orang Melayu kerana mereka adalah tunjang kepada majoriti umat Islam di Malaysia.Saya mulakan dengan realiti politik di Malaysia.Kebanyakan dari kita tahu bahawa kita mengamalkan demokrasi.Demokrasi secara mudah ialah kerajaan yang dipilih oleh rakyat.Demokrasi menghendaki pemilihan oleh orang ramai,maka untuk tujuan propaganda,muncullah parti-parti politik.Sekumpulan orang yang berkerjasama untuk meraih undi lebih berkesan dari hanya satu individu bekerja untuk meminta simpati orang ramai.Sistem ini menyebabkan timbulnya satu petua penting untuk menjadi juara demokrasi;siapa meraih undi paling banyak,dialah juara.Maka untuk maksud ini,muncullah hukum Machiavelli-matlamat menghalalkan cara.Penganut-penganut demokrasi dihalalkan menggunakan apa jua cara untuk mencapai undi paling maksimum.

Anda boleh memakihamun,menjatuhkan maruah lawan,mengeluarkan video lucah atau lompat parti.Anda boleh merasuah pengundi,menabur janji palsu atau menipu undi pos.Anda juga boleh mencetak beribu-ribu kad pengenalan palsu,memberi kerakyatan kepada warga asing atau membenarkan pengundi mengundi dua kali atau berkali-kali.Anda boleh membuat persempadanan semula,merasuah suruhanjaya pilihanraya atau sekatan media.Banyak cara sebenarnya anda boleh lakukan untuk meraih undi.Ingat peraturan terpenting demokrasi ialah UNDI.uNDI ialah Tuhan demokrasi.Dari rakyat kepada rakyat.Tidak kisah dengan cara apa sekalipun anda mendapatkan undi tetapi anda mesti memiliki undi secukupnya untuk menang.

Dalam sistem demokrasi,dari 9 orang bodoh dan seorang yang bijak,sistem akan mengangkat salah seorang dari orang-orang bodoh itu.Orang yang bijak itu hanya memiliki kebarangkalian 0.00000009% untuk menang.Maksudnya orang bijak itu mustahil untuk menang sehinggalah kesemua orang bodoh tadi mati.

Jadi,adakah kini kita menjadi pencatur atau kita sendiri dicaturkan?

Dalam sistem Islam,secara ringkasnya,kita mempunyai satu majlis pemilihan yang dinamakan Syura.Syura ini terdiri dari kalangan bijak pandai,alim ulama,mereka yang terpilih hasil sokongan orang ramai.Syura bukanlah kerajaan,tetapi mereka bertanggungjawab untuk memilih kerajaan.Jadi nampak di sini,bahawa kebarangkalian untuk mendapat kerajaan yang bodoh amat tipis.Orang bijak yang memilih kerajaan,bukan majoriti.Ini adalah sistem Islam.Ini adalah sistem yang diajar oleh Nabi Muhammad s.a.w.Ketika nabi wafat,para sahabat nabi yang terpilih berbincang untuk memilih pengganti nabi bagi memikul tanggungjawab memimpin umat Islam.Para sahabat tidak mengadakan pilihanraya.Mereka tidak menubuhkan parti.Mereka tidak terjerit-jerit di jalanan.Para sahabat nabi tidak kenal apa itu demonstrasi atau tunjuk perasaan.Mereka tidak hantar memorandum ke pada raja Mekah.Mereka hantar doa hanya kepada Allah Azza Wa Jalla.Mereka bermesyuarat dan melaksanakan solat istikharah.Bukan buang masa terpekik terlolong di jalanan.

Adakah kita menjadi pencatur atau kita dicaturkan?

Dalam situasi di negara kita,kita maklum bahawa sistem politik yang diamalkan ialah demokrasi BUKAN SISTEM ISLAM.Ini hasil penjajahan pemikaran orientalis di seluruh dunia.Bukan sahaja kita yang terkena,malah Thailand sebagai contoh juga mengamalkan demokrasi walaupun majoritinya Buddha.Ini boleh dipertimbangkan kerana Gautama Buddha tidak pernah mengajarkan sistem politik kepada murid-muridnya.Namun Islam telah mengajarkan bagaimana untuk menguruskan pemerintahan.Bagaimana untuk mentadbir sebuah negara.Sistem Syariah di Malaysia berjaya mendaulat bab munakahah,iaitu hal ehwal kekeluargaan Islam.Sistem ekonomi Malaysia semakin maju mendaulatkan bab muamalat,urusan sesama manusia dalam konteks ini,hal ehwal kewangan Islam.Sistem ekonomi Islam baru popular sejak pertengahan 90-an setelah orang ramai nampak keberkesanannya,dan ia adalah pilihan (option) yang terbaik bagi mereka yang ingin lari dari sistem kapitalis yang bertuhankan kadar faedah,bunga atau penindasan ekonomi.Bila orang hendak kahwin,mereka mahukan syariat.Bila mahu berurusan dalam jual beli atau kewangan,mereka mahukan syariat.Namun bila mahu mentadbir negara,mereka buang syariat.Adakah hukum AlQuran boleh diambil dan dibuang sesuka hati.Di dunia,anda boleh terlepas bebas,namun di akhirat anda tidak boleh lari.Cukuplah dengan kenyataan bahawa anda dan saya akan mati suatu hari nanti.Adakah saya dan anda boleh lari dari kematian?Tunku Abdul Rahman,Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn telah dipanggil pulang oleh Ilahi dan mereka akan ditanya,mengapa tidak jalankan hukum-Nya ketika memegang kuasa nombor satu di Malaysia?Mereka pasti ditanya sebab hukum-Nya tertulis jelas dalam AlQuran.Adalah Allah s.w.t menurunkan hukum Hudud hanya untuk dipermainkan?Adakah hukum Hudud boleh dijual dengan harga 'Negara Kebajikan'?Apa itu 'Negara Kebajikan'?Rasulullah s.a.w pernah atau tidak bercakap tentang Negara Kebajikan?Mengapa begitu bodoh sekali sehingga menggadaikan hukum-Nya di telapak kaki musuh-musuh Islam?

Ingat,jika anda berusaha sepanjang hidup anda untuk menegakkan hukum-Nya namun masih tidak berjaya,anda memiliki alasan di hadapan Allah di akhirat nanti.Namun apabila anda buang hukum-Nya dan menggantikan dengan 'Negara Kebajikan' atau seangkatan dengannya,apakah lagi alasan anda di hadapan Allah?Anda layak diletakkan di kelompok para Sekular dan Komunis yang anda kecam dan makihamun semasa di dunia.

Jadi,adakah kita menjadi pencatur atau kita dicaturkan?

Mari kita lihat apa yang ada di atas papan catur.Kita ada UMNO,PAS dan PKR yang dipimpin oleh Melayu Islam.Kita ada DAP sebagai paksi politik yang dipimpin oleh non-muslim.Selebihnya ialah NGO.NGO ialah badan bukan kerajaan seperti Sister In Islam,Suaram,Perkasa dan lain-lain.Dalam sesetengah keadaan,NGO ini adalah sebenarnya parti dalam parti.Mereka mampu mencatur politik sesebuah parti.Dalam isu terkini,seperti isu Bersih 2.0,kita sebagai orang Islam,khasnya orang Melayu kena berfikir matang dan waras.Pertamanya,siasat latarbelakang SIAPA YANG MENGGERAKKAN IA.Siapa penganjurnya,siapa pendukungnya?Jika anda tahu siapa di belakangnya,anda kaji,apakah pandangan sosio-politiknya,fikrahnya atau halatujunya.Jika anda tahu siapa penggeraknya,tanya diri adakah aku perlu menyokongnya?

Baca apakah motif mereka mengadakan perhimpunan tersebut.Tanya diri,adakah menjadi keperluan untuk aku sertai mereka?Orang Melayu kena bijak,kerana mereka adalah target yang akan dimangsai cukup-cukup dalam Bersih 2.0 nanti.Bagaimana?Anda kena baca tentang PAS yang berjanji akan menggerakkan kira-kira 300000 orang untuk menyertai perhimpunan itu.Siapa mereka?Orang Melayu-Islam.Adakah kita mendengar tentang janji DAP atau Hindraf untuk menggerakkan dengan jumlah yang sama untuk Bersih 2.0?Adakah anda terbaca,DAP akan menggerakkan 300000 orang Cina untuk menyertai Bersih 2.0?TIDAK.Tidak ada janji seperti itu.Maka yang akan terpekik terlolong adalah Melayu-Islam.Yang buat kerja adalah Melayu Islam.Yang memerhati adalah musuh-musuh Melayu-Islam.Yang buang masa di tengah panas adalah kita,yang tolong tengok adalah mereka.Kemudian kita tengok di manakan mereka akan BERKUMPUL.



Mereka akan berkumpul di SOGO,Masjid Kampung Baru dan sekitar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.Saudara-saudaraku,ini tempat lepak orang Melayu.Lihat,masjid Kampung Baru ada dalam senarai.Mengapa mahu berkumpul di masjid,tidak di gereja atau tokong?Penganjurnya ialah non-muslim yang memusuhi Islam.Mengapa gunakan masjid?INI ADALAH UNTUK MENGUMPULKAN MELAYU-MELAYU BODOH BAGI TUJUAN DIPERGUNAKAN.Mengapa berkumpul di SOGO,bukan di Low Yatt atau Bukit Bintang?Sebab SOGO dan sekitarnya tempat biasa orang Melayu membeli belah dan 'hang out'.Sekali lagi ADALAH UNTUK MENGUMPULKAN MELAYU-MELAYU BODOH BAGI TUJUAN DIPERGUNAKAN.Mengapa di kawasan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur,bukan di depan Berjaya Times Square?Why?Why my brothers?

Jadi,adakah kita menjadi pencatur atau kita dicaturkan?

Cukup.Cukup kita dipergunakan.Jangan ulangi lagi kesilapan yang lalu.Bersih 2.0 didokong oleh non-muslim yang memusuhi kamu orang Melayu dan agama Islam.Hamba rakyatnya ialah ahli-ahli PAS dan orang-orang Melayu PKR.Untuk tidak nampak dipergunakan,beberapa orang Cina dan India (non-muslim) akan turun untuk beri semangat kepada Melayu-Melayu bodoh ini untuk terpekik terlolong di jalanraya.Majoriti akan mengambil sikap tunggu dan lihat.Provokasi dijalankan,hasilnya Pemuda UMNO dan Perkasa bangkit untuk menentang.Namun pendekatan Perkasa bodoh dan tidak matang.Mereka mengambil pendekatan kasar dan tidak berhikmah.Mereka menjadi rasis secara tidak bijak dan terang-terangan.Hasilnya ia tidak disenangi oleh Pemuda UMNO.Mereka berselisih pendapat.Ketika Pemuda UMNO dan Perkasa bercakaran,musuh-musuh Melayu dan Islam terus menjalankan provokasi dan propaganda.Silap haribulan,yang bertempur di jalanan nanti adalah Melayu PAS dan PKR,Melayu UMNO dan Melayu Perkasa.Non-Muslim akan bertepuk tangan dan menonton hiburan percuma ini sambil bergelak ketawa di hadapan tv.

Pas menjadi bingung hanya kerana dibuai mimpi demokrasi.Tunjuk perasaan dan demonstrasi jalanan adalah salah satu instrumen demokrasi sebagai satu cara kempen menentang yang dibenarkan.Pas telah menjadi hamba demokrasi dan terpaksa mengikut tarian demokrasi.Masuk pilihanraya,dia masuk pilihanraya.Berkempen,oklah...dia pun berkempen.Raih undi,dia pun raih undi.Bila kalah,maka demokrasi pun suruh PAS tunjuk perasaan.Pas pun tunjuk perasaan.Pas mencapai satu tahap di mana matlamat perjuangannya ialah MENJATUHKAN UMNO.Tidak kira walaupun matlamat menegakkan Negara Islam dibuang jauh-jauh dengan menggantikannya dengan konsep Negara Kebajikan.Rasulullah s.a.w tidak pula menjalankan Negara Kebajikan untuk mengambil hati Yahudi Bani Quraizah,Qainuqa atau Majusi dan Nasrani di kota Madinah.Mengapa untuk mengambil hati DAP dan sekularis PKR,maka hukum Allah boleh diketepikan?

Siapa yang masuk tong najis,maka dia akan terpalit najisnya.Pas terpaksa menanggung segala kebodohan ini sebab dia bermain dalam demokrasi.Lihat PKR,dia tidak pandai hidup dalam tong najis,maka dialah yang paling hina dilemaskan dalam air tahi.Yang pandai bermain tahi setakat ini adalah UMNO dan DAP.Menariknya DAP memijak kepala PKR dan PAS untuk 'bernafas' di dalam tong najis.Sekarang UMNO yang memiliki tong najis dan dia berhak mengawal tong najis supaya najis-najis tetap hidup segar bugar dalam tong.Penjajah mengajar UMNO supaya jangan bersihkan tong najis.Jadi dia selesa memeluk tong najis.

Saya berpesan kepada saudara-saudara saya supaya fikirkan tentang ini.Kali ini kita buat seperti kaum Cina buat setiap kali ada isu,iaitu TUNGGU DAN LIHAT.Jangan turun ke perhimpunan.Biar Ambiga dan kuncu-kuncunya terpekik terlolong dalam panas.Ingat,biar mereka yang buat kerja,bukan kita.Kita terlalu mulia untuk terpekik terlolong macam anjing di jalanan.Jangan biarkan Ambiga selesa di pejabat memantau kita yang terpekik terlolong,paksa dia turun dan paksa dia terpekik terlolong.Kita diam dan saksikan sahaja dia menjerit.Ahli PAS,buat macam ini.Tolong.Anda kena bijak.Ini bukan pasal UMNO yang anda benci sampai ke mati,INI DEMI ISLAM YANG TERCINTA.

Kita kena membezakan perjuangan menentang UMNO dengan perjuangan menentang musuh-musuh Islam.UMNO adalah saudara kita yang diberi dadah oleh musuh Islam.Kita kasi cantas dahulu musuh Islam.Kemudian kita rawat UMNO,ajak mereka ke masjid,solat berjemaah.Beritahu mereka kebesaran Allah s.w.t.Keluarkan dari hati mereka kebesaran makhluk.Masukkan kebesaran Allah ke dalam hati mereka.Beritahu mereka keindahan Islam.Hikmah melaksanakan perintah Allah.

Cintakan Allah,cintakan nabi.

Ingat,caranya mesti tepat dan betul,untuk menang di atas papan catur.Tidak perlu saya beritahu adakah pesanan saya ini diizinkan untuk disebar atau tidak.Adakah perlu turun ke perhimpunan atau tidak.Jadilah pencatur,bukan yang dicaturkan.

Hak kaum Cina yang kita tidak TUNAIKAN!!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,



Hari Raya adalah antara nostalgia yang kental di dalam hati setiap sanubari orang Melayu di Malaysia khususnya.Bila teringat Hari raya,kita pasti teringat tentang kuih raya,baju raya atau lagu-lagu raya.Anehnya,lagu-lagu raya dibikin dalam mood yang begitu menggamit kenangan (kecuali lagu raya moden yang tak menjadi).

Hari Raya adalah perayaan agama.Ia bukan perayaan adat bangsa Melayu.Hari Raya disambut selepas habis bulan Ramadhan dan di hari ini (1 Syawal) kita diharamkan berpuasa.Hari ini Hari Raya telah menjadi darah daging kita orang Melayu.Ia telah menjadi adat dan budaya.Ia telah menjadi ritual yang wajib dilaksanakan,jika tidak kita bukanlah benar-benar 'true' berhari raya.Mengapa saya katakan begitu?Sebab di hari inilah orang yang jarang bersolat akan datang bersolat Hari Raya dengan penuh megah dan semangat,dengan baju yang cantik berwarna warni.Semoga solat sunat Hari Raya yang 2 rakaaat ini akan menjadi asbab hidayat kepada mereka yang selalu mengabaikan solat yang fardhu 5 kali sehari semalam.

Islam telah memberikan nikmat tidak terhingga kepada orang-orang Melayu.Betapa bijaknya nenek moyang kita dahulu kerana meninggalkan agama animisme,Hindu dan Buddha yang menyembah patung bikinan sendiri atau agama pagan,dengan berbondong-bondong masuk ke dalam hidayat Allah s.w.t tanpa banyak mengambil masa dan berfikir panjang.Orang Melayu bukan sahaja menikmati hidayat Allah s.w.t ini sendiri,malah keluar mengajak kaum-kaum Austronesia lain seperti Jawa,Bugis,Sulu dan lain-lain supaya masuk ke dalam rahmat Allah s.w.t.Ketika orang Melayu mempunyai Kesultanan Islam sendiri iaitu Kesultanan Melaka,Majapahit sebagai entiti politik orang Jawa masih menganut fahaman Hindu,dan hasil kerjasama orang Melayu Champa dan Kelantan berserta para pendakwah dari Arab dan Parsi maka wujudlah era 'Wali Songo' yang menyaksikan kebangkitan kerajaan Demak dan pengislaman beramai-ramai saudara kita dari kalangan orang Jawa.

Minat kepada agama Islam telah awal dikesan dalam surat Maharaja Sriwijaya,Indravarman kepada Khalifah Umar Bin Abdul Aziz,yang meminta khalifah terkenal itu mengajarnya tentang Islam.

Hari ini kita di Malaysia hidup bersama-sama kaum-kaum lain seperti orang Cina dan India.Kaum Cina contohnya telah mula masuk ke Tanah Melayu ketika era pemerintahan British untuk mengusahakan lombong-lombong bijih timah atau membuka perniagaan.Kaum Cina adalah kaum yang bijak berniaga dan rajin berusaha.Di bandar-bandar di negara kita sememangnya kaum ini mendominasi kedai-kedai dan pusat perniagaan.Ekonomi Malaysia banyak disumbang oleh kaum ini yang sama-sama berganding bahu dengan orang Melayu dan India untuk memakmurkan bumi Malaysia tercinta ini.Sedar tak sedar,ekonomi Malaysia banyak dipacu oleh kaum ini,dan kita,orang-orang Melayu beragama Islam sedar tak sedar begitu bertuah,dengan tinggal di laluan strategik antarabangsa,banyak sumber mineral,aman damai,tidak ada gempa bumi atau gunung berapi,dan ditambah dengan orang lain yang 'membantu' kita menaikkan ekonomi Malaysia tanpa perlu kita bersusah payah,sebagaimana Vietnam atau Kemboja yang 'tidak pandai' memanfaatkan kelebihan kaum Cina ini.

Boleh dikatakan kemajuan orang Cina,juga memajukan orang Melayu.Apabila orang Cina membuka pusat perniagaan,maka ini membuka peluang orang Melayu mencari rezeki.Sebab itu kita tidak mendengar orang Melayu kita berhijrah beramai-ramai mencari pekerjaan di luar negara.Anak-anak muda kita bebas memilih kilang mana atau kedai mana untuk bekerja menambah duit poket.Sedar tak sedar orang Cina ADALAH RAHMAT ALLAH TAALA YANG DIANUGERAHKAN KEPADA KITA ORANG MELAYU.Kehadiran orang Cina adalah semata-mata untuk ikram orang Melayu Malaysia.Kita telah masuk agama Islam dan bawa agama kepada kaum-kaum lain maka Allah hantar satu kaum lain yang bekerja untuk kita memajukan ekonomi orang Melayu.Jangan lihat kenyataan ini dari sudut mikro (seperti survival bisnes orang Melayu atau agihan kek ekonomi) tetapi pandanglah dari sidut makro,betapa Malaysia naik mendadak tidak sampai 50 tahun dengan sebahagiannya dipercepatkan oleh kaum Cina ini (selain pentadbiran politik orang Melayu yang 'tenang').

Selepas orang Cina sedikit sebanyak membantu kita memajukan diri,apakah sumbangan atau balasan kita kepada orang Cina?Kita mesti membalas jasa orang Cina kerana mereka banyak berjasa mengubah wajah Malaysia dari imej selepas kolonial kepada negara antara paling produktif di Asia.Mereka telah berjasa menghiasi rumah kita ini dengan pembangunan dan kemajuan,dan rata-rata kita orang Melayu hidup selesa di bumi bertuah ini.Kita dapat berhari raya dengan gembira.Ekonomi baik dan suasana aman makmur.Kita orang Melayu perlu rapat dengan mereka dan belajar bersungguh-sungguh ilmu berniaga dengan mereka supaya duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan mereka.Bukannya bila mereka berdiri,kita masih duduk bergoyang kaki.

Jadi tuan-tuan,kita MESTI MEMBALAS pengorbanan kaum Cina memajukan Malaysia,tanahair kita.Kita tidak perlu marah kepada mereka,walaupun ada di antara mereka yang amat pekat sikap rasis dan kauvinis mereka.Apa yang kita lakukan ialah kita balas dengan kebaikan,lama-lama sikap rasis dan sombong mereka akan hilang serta-merta dengan izin Allah.Apa yang berlaku hanya dengan izin Allah.

Kita MESTI balas segala kebaikan mereka tuan-tuan.Mereka telah didatangkan oleh Allah s.w.t untuk membantu orang Melayu meningkatkan taraf hidup mereka.Mungkin tanpa mereka kita akan membangun juga,tetapi lambat,seperti yang terjadi di Vietnam,Burma atau Laos.Kita masih pegang politik dan mengawal mereka,tetapi mereka bekerja memajukan ekonomi!Bukankah ini satu simbiosis yang menguntungkan orang Melayu?Jadi terasa tidak adil jika kita tidak membalas jasa-jasa kaum Cina ini.

Bagaimana mahu membalas jasa-jasa mereka?Kita tunaikan hak mereka YANG SEBENAR.Tunaikan sahaja tanpa prejudis.Jangan berdolak-dalik atau dimenyuaratkan berminggu-minggu.Ini HAK MEREKA yang sekian lama kita tidak tunaikan.Kita biarkan mereka terlonta-lonta tanpa pembelaan.Kita biarkan anak-anak mereka tidak mendapat HAK ISTIMEWA ini.Adakah adil kita orang Melayu sahaja yang dapat HAK ISTIMEWA,mereka kaum Cina didiskrimasikan?Mereka bukan haiwan yang tidak dipertanggungjawabkan,mereka manusia juga seperti kita.Adilkah kita sebagai orang Melayu yang mengaku Islam,membiarkan kaum Cina tidak mendapat hak-hak mereka yang sebenar,anak-anak mereka yang tidak tahu masa depan mereka bagaimana...adilkah kita?Adilkah?

Kita tahu kebenaran,tetapi kita biarkan mereka yang banyak berjasa kepada kita,terlonta-lonta kegelapan tanpa menikmati 'special rights' yang dinikmati kita sejak zaman-berzaman.

Apakah HAK-HAK ISTIMEWA yang perlu kita beri pada mereka itu?Tanah?Bukan tuan-tuan...tanah dan bumi Malaysia ini tidak memadai untuk mereka.Satu hari,Malaysia berserta planet Bumi ini akan musnah.Tetapi HAK ISTIMEWA ini kekal abadi selama-lamanya.Buka sekolah-sekolah Cina banyak-banyak?Bukan tuan-tuan,jika semua sekolah di Malaysia ini ditukarkan menjadi SRJK (C) sekalipun,hak mereka tidak akan tertunai.Itu bukan caranya.Beri mereka kuasa politik Malaysia,mansuhkan sultan-sultan,jadikan Malaysia republik macam Singapura.Oooo....itu lagi bukan cara yang betul malah akan menambahkan masalah.Bukan sahaja hak-hak istimewa mereka tidak tertunai,malah 'hak-hak istimewa' kita pun hancur lebur.Itu bukan hak-hak istimewa mereka tuan-tuan,bukan.Ada hak istimewa mereka yang kita selalu abaikan dan ini adalah SEBENAR-BENAR DAN SEBESAR-BESAR HAK-HAK ISTIMEWA KAUM CINA.

Apa dia?HAK UNTUK MENDAPATKAN NIKMAT IMAN DAN ISLAM.Kita orang-orang Melayu perlu ada rasa tanggungjawab untuk ajak orang Cina untuk mendekati Islam.Kita orang Melayu dapat iman secara percuma.Lahir sahaja ke dunia,automatik telah dapat pakej Islam.Bagaimana dengan kaum Cina?Sejak dari kecil diajar sembah colok,asap,patung bikinan tangan sendiri dan dewa-dewa perang (ada yang diambil dari kisah The Romance of Three Kingdoms).Mengapa mereka tidak mendapat hak mengenal Tuhan pencipta mereka sendiri secara percuma seperti kita?Mereka nak dapat iman dan Islam perlu bersusah payah,perlu mendapat cemuhan keluarga dan usaha yang tidak sedikit untuk belajar tentang Islam.Kita?Ibu dan ayah yang ajarkan,kemudian ustaz dan ustazah.Semuanya percuma dan amat mudah.Islam kita Islam 'free'.

Jadi sempena Hari Raya Aidilfitri ini,marilah kita azam untuk lebih banyak membaiki diri sebagai orang Islam supaya dengan dengan itu dapat memberi imej yang baik di mata orang Cina dan menarik minat mereka untuk dekat kepada Islam.Jika kita bekerja di bawah mereka,kita tonjolkan ketepatan masa,kita solat tepat pada waktunya dan selepas itu bekerja bersungguh-sungguh.Percayalah,orang Cina biasanya tidak halang kita solat.Malah jika kita selalu jaga solat,apabila azan berkumandang,orang Cina itu akan mengingatkan kita untuk solat secara tiba-tiba seperti pengalaman rakan saya apabila bosnya berkata,"You tak semayangkah?Itu Tuhan you sudah panggil," ketika dia terleka membuat kerja.

Ramadhan yang berlalu banyak mematangkan diri kita.Kita baiki diri kita perlahan-lahan,dan kita azam untuk tonjolkan kehidupan kita selari dengan kehidupan Rasulullah s.a.w dengan moga-moga dengan itu Allah s.w.t jadikan asbab hidayat kepada bukan sahaja kaum Cina malah kaum India juga supaya meninggalkan patung-patung tak bernyawa kepada menyembah kepada pencipta mereka sendiri,kembali ke pangkuan Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang.